Dah Tengok Kalendar 2019? Jom Tengok Cuti Umum, Cuti Panjang Dan Berselang..

Dalam tak sedar kita sudah memasuki fasa akhir dalam tahun 2018. Sekejap sahaja rasanya, lebih kurang dua bulan setengah lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal 2018. Banyak lagi impian belum tercapai dalam tahun ini dan sudah tentu kita terpaksa membawa impia tersebut ke tahun depan pula. Tidak mengapa yang penting keinginan untuk mencapai impian dan azam mesti diteruskan tidak kira lambat atau cepat. Sementara itu, kita dah boleh merancang apa nak buat pada tahun 2019 nanti. Anda sudah tengok kalendar 2019? Mungkin dah boleh mula merancang percutian atau target mencapai azam yang tertangguh itu?

Apabila menjelang tahun baru, penting untuk kita melihat keseluruhan kalendar tahun tersebut supaya kita dapat merancang percutian dan apa-apa yang sepatutnya. Cuti tahunan yang diberi majikan mesti digunakan sebaik mungkin, jangan membazir cuti untuk perkara yang tidak penting seperti malas pergi bekerja dan seumpamanya kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan yang mungkin memerlukan kita mengambil cuti panjang seperti kematian, kesakitan dan sebagainya.

Mesti Baca: 10 Azam Tahun Baru Popular Setiap Tahun

Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok Kalendar 2019. Banyak juga cuti yang berderet-deret kerana jatuh pada hari Ahad dan juga cuti berselang yang boleh anda ambil cuti tahun untuk berehat lama sedikit. Bagi yang berjauhan daripada keluarga boleh merancang pada hari cuti berselang tersebut untuk bercuti panjang.

Dah Tengok Kalendar 2019? Jom Tengok Cuti Umum, Cuti Panjang Dan Berselang..Kalendar 2019

 

 

Cuba anda perhatikan dalam Kalendar 2019 di atas, banyak juga cuti yang boleh anda ambil cuti tahun untuk jadikan cuti lebih panjang.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja. No. 4 Tak Ramai Buat

Sebagai contoh bulan Januari 2019, cuti Tahun Baru 2019 jatuh pada hari Selasa. Kalau ambil cuti hari Isnin anda boleh bercuti selama 4 hari berturut-turut. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah, awal tahun memang agak sibuk menguruskan hal ehwal persekolahan anak, tambahan pula yang mempunyai anak ramai.

Begitu juga pada bulan lain dalam Kalendar 2019 terutama cuti Hari Raya Aidilfitri 2019 yang jatuh pada 5 dan 6 Jun (Rabu dan Khamis). Anda boleh ambil cuti sehari sebelum hari raya (Selasa, 4 Jun) dan selepas hari raya (Jumaat, 7 Jun) menjadikan cuti panjang selama 6 hari. Wow!!!!

Selain itu, bulan Mei dan September 2019 juga mempunyai banyak cuti umum yang jatuh pada hari Isnin dan cuti berselang yang membolehkan anda merancang cuti panjang. Puas bercuti nampaknya.

Itulah Kalendar 2019 yang lengkap dengan cuti umum, cuti panjang dan cuti berselang yang boleh anda gunakan sebagai panduan merancang percutian pada tahun 2019 nanti.

Apapun, jalankan kewajipan sebagai pekerja dahulu. Selesaikan tugas yang yang penting dan sepatutnya terlebih dahulu dan selepas itu anda nak bercuti berapa lama pun terpulanglah.

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Leave a Reply

error: Content is protected !!