Kanser Payudara: Lelaki Lebih Ramai Maut Berbanding Wanita!

Kanser payudara walaupun dikaitkan dengan penyakiy yang menyerang kaum wanita tetapi lelaki jangan pandang sebelah mata sahaja kerana penyakit ini juga menyerang kaum lelaki walaupun jumlahnya kecil.

Lebih membimbangkan, walaupun peratusannya kecil sahaja tetapi risiko kematian akibat kanser payudara di kalangan pesakit lelaki jauh lebih tinggi berbanding wanita!

Jangan main-main ok. Selepas ini, ambil tahu juga bahaya penyakit ini. Kita tak tahu bahaya yang datang. Kalau nampak ada perubahan atau terasa lain macam pada “payudara” anda cubalah buat pemeriksaan. Janggal pula admin panggil payudara lelaki ūüôā

Kanser Payudara: Lelaki Lebih Risiko Maut!

Walaupun peratusan golongan lelaki berdepan serangan kanser pa­yudara sangat rendah, namun risiko kematian akibat penyakit itu ke atas mereka adalah jauh lebih tinggi berbanding wanita.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Datuk Dr. Imi Sairi Ab. Hadi berkata, daripada 300 pesakit yang didiagnosis menghidap kanser ini dalam setahun, hanya satu peratus melibatkan lelaki.

Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Kanser Payudara Lelaki

“Kanser payudara jarang berlaku dalam kalangan lelaki. Dalam setiap 100 orang pesakit kanser payudara, hanya seorang sahaja lelaki menghidapnya.

‚ÄúNamun, sekiranya kanser payudara dihidapi lelaki, sera¬≠ngannya adalah jauh lebih agresif berbanding wanita dan risiko kematiannya juga adalah lebih tinggi,‚ÄĚ katanya.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pink Walk Kaseh OKB Hospis Bestari (Pink Walk) 2017 anjuran Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di Padang Maktab Sultan Ismail (SIC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Imi Sairi berkata, masyarakat terutama golongan wanita perlu diberi kesedaran untuk membuat imbasan dan pengesahan payudara lebih awal.

‚ÄúStatistik menunjukkan 54 peratus pesakit kanser yang datang mendapatkan rawatan di hospital adalah terdiri daripada mereka yang sudah berada pada tahap tiga dan empat kanser. Pada tahap ini tidak banyak yang kita boleh bantu kerana sudah berada di tahap kritikal,‚ÄĚ katanya – Sumber

Kanser payudara lelaki walaupun jumlahnya kecil tetapi lebih bahaya dan meragut lebih banyak nyawa berbanding kanser payudara yang menyerang wanita.

Jangan ambil mudah ya. Jika ada rasa kelainan bolehlah buat pemeriksaan segera sebelum melarat.

Admin tengok payudara admin masih normal.. Hehehehe……

Leave a Reply

error: Content is protected !!