Mengerikan… Ular Sawa Telan Orang

Rasanya semua dah tengok video orang ramai membelah perut seekor ular sawa dan mendapati ada mayat seorang lelaki di dalamnya. Menggerunkan…… admin tak dapat membayangkan bagaimana ular sawa telan orang. Mesti ular sawa bersaiz mega tu.

Mengerikan… Ular Sawa Telan Orang

Kejadian ular sawa telan orang yang tular di facebook tersebut berlaku di Mamuju, Indonesia.

Menurut Bangkapos.com, Akbar, 25, yang tinggal di Desa Salubiro di daerah Korossa keluar rumah pada pagi Ahad lalu untuk memetik buah kepala sawit di ladang miliknya.

Bagaimanapun, hingga petang kelmarin Akbar tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya bimbang.

Beberapa ahli keluarga Akbar dan dibantu penduduk kampung kemudian pergi ke ladang itu untuk mencari mangsa.

Ular Sawa Telan Orang

Selepas beberapa jam mencari akhirnya mereka menemui seekor ular sawa yang kekenyangan berhampiran sebatang pokok kelapa sawit.

Kerana curiga dengan perut ular sawa itu yang besar penduduk bertindak menangkap haiwan berkenaan dan membelah perutnya.

Selepas dibelah, penduduk terkejut apabila menemui mayat Akbar di dalam perut ular sawa berkenaan.

Seorang penduduk, Satriawan berkata, mayat Akbar masih berada dalam keadaan baik dan lengkap memakai seluar pendek dan berbaju.

“Berdasarkan kedudukan mayat, mangsa ditelan dari kepala oleh ular sawa berkenaan.

“Kemungkinan mangsa diserang ular sawa dari belakang dan ditelan hidup-hidup,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung berkenaan – Sumber 

Sebelum ini kecoh di negara kita ular sawa telan orang di Kedah.

Selepas siasatan pihak berkuasa, gadis ditelan ular sawa di Kedah hanya palsu!

Apapun, sebelum menyebarkan serang info pastikan ianya daripada sumber yang sah ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!