Kedah Bantah Langkawi Jadi Wilayah Persekutuan, Nak Ambil Semula Pulau Pinang!

Ingat lagi tak baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Kerajaan Cadang Wujud Empat Wilayah Persekutuan Baru iaitu Pulau Pinang, Langkawi, Pulau Tioman dan sebahagian negeri Melaka. Hari ini pula admin terbaca di Harian Metro Online yang kerajaan negeri Kedah bantah Langkawi jadi wilayah persekutuan.

Bukan Saja Kedah Bantah Langkawi Jadi Wilayah Persekutuan Malah Nak Ambil Semula Pulau Pinang!

Kedah Bantah Langkawi Jadi Wilayah Persekutuan

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata Kedah sebagai “tuan tanah” Langkawi berhak membantah cadangan ini.

“Justeru, kami bukan saja membantah sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan malah akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang”, katanya.

Dalam isu ambil semula Pulau Pinang, kerajaan negeri Kedah akan meminta kerajaan Pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang setiap tahun mengikut harga semasa. Bayaran pajakan itu ditandatangani melalui Perjanjian Pajakan 1786.

Kedah Bantah Langkawi Jadi Wilayah Persekutuan

“Cukuplah selama ini kita rugi dan kini ada pihak yang mahu mengambil Pulau Langkawi pula. Bila merdeka, Pulau Pinang dimasukkan sebagai sebuah negeri secara senyap-senyap tanpa mengira perjanjian pajakan yang telah dimeterai dahulu.

“Kalau tidak ada, untuk apa mereka (Pulau Pinang) masih membayar RM10,000 itu setiap tahun dari dahulu sehingga sekarang malah terpaksa dimasukkan ke dalam bajet kerajaan mereka. Seolah-olah ada akujanji berkaitan pajakan ini,” kata Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Kerajaan negeri Kedah telah menghantar surat kepada kerajaan Pusat pada bulan lalu berhubung isu ini – Sumber

Walaupun kerajaan baru bercadang nak wujudkan empat wilayah persekutuan baru tapi dah banyak suara-suara yang membantah cadangan ini.

Tambah pula apabila Menteri Wilayah Persekutuan mengaitkan isu perkauman di Pulau Pinang sebagai alasan mewujudkan wilayah persekutuan.

Hari ini pula, Kedah bantah Langkawi jadi wilayah persekutuan, esok lusa mungkin ada lagi.

Pendek kata… bukan senang nak buat…

PRU 14 pun dah dekat…

Apapun, kita tunggu dan lihat ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!