Kedah Naib Juara Perokok Tertinggi

Itu dia yang admin sempat baca daripada Sinar Harian Online hari ini. Tahniah! Kedah naib juara perokok tertinggi negara di negara kita. Syabas inspektor sahab 🙂

Kalau Kedah naib juara siapa pula juara?

Entah… admin baca petikan berita tu tak ada pula dinyatakan negeri mana juara perokok tertinggi negara? Nantilah admin cari nanti.

Jom baca artikel yang admin petik daripada Sinar Harian Online edisi Utara.

Kedah Naib Juara Perokok Tertinggi

Sebanyak 26.5 peratus penduduk Kedah berusia 15 tahun ke atas adalah perokok dan jumlah itu adalah kedua tertinggi di negara ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, ia berdasarkan kepada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 yang turut mendapati, walaupun semua fasiliti kesihatan menawarkan khidmat berhenti merokok, namun hanya 17.2 peratus sahaja yang berjaya berhenti dalam tempoh enam bulan.

Mesti Baca: Berhenti Rokok Atau Dapat COPD

Sehingga kini katanya, sebanyak 58 klinik kesihatan di negeri ini menyediakan Klinik Berhenti Merokok kepada perokok yang berhasrat berhenti merokok menggunakan kaedah gabungan penggunaan ubatan dan kaunseling.

Kedah Kedua Perokok Tertinggi

“Mereka yang ingin berhenti merokok boleh ke klinik-klinik kesihatan daerah untuk mendaftar bagi menjalani rawatan berhenti merokok dengan kemudahan disediakan sebagai ikhtiar untuk berhenti merokok,” katanya selepas majlis Pelancaran Pewartaan Taman Awam sebagai Kawasan Larangan Merokok dan Nafas Baru Bermula Ramadan, sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Taman Jubli Perak, di sini, semalam.

Sehubungan itu, sempena Ramadan tidak lama lagi, beliau menyarankan golongan perokok meninggalkan tabiat buruk itu kerana tinjauan pihaknya mendapati, 95 peratus perokok dalam kalangan umat Islam menyatakan lebih mudah berhenti merokok ketika Ramadan.

Mesti Baca: Perhatian Perokok Tegar! Ini Tips Berhenti Merokok

“Sudah sampai masanya perokok guna peluang berpuasa selama 14 jam sehari untuk berhenti merokok, kerana rokok membahayakan orang di sekeliling termasuk ahli keluarga yang turut menyedut asap rokokhingga terdedah kepada penyakit kanser,” katanya.

Menurutnya, kempen berhenti merokok menerusi program ‘Nafas Baru Bermula Ramadan’ akan dipergiatkan bermula semalam, agar dapat mengingatkan orang ramai dan memberi motivasi kepada perokok bagi meninggalkan tabiat itu – Sumber 

Yang admin respek perokok ni bila bulan puasa boleh tahan merokok daripada sahur sampai berbuka puasa.

Tapi hari biasa tak boleh pula ya, hairan tu…

Tak kiralah Kedah naib juara perokok tertinggi atau negeri mana pun, benda tak elok ni bukan boleh bangga pun 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!