Menu

Kelantan Kalahkan JDT Dapat Telefon Pintar Huawei P10 Lite, Kemah Molek Gitu…

Admin tersenyum saja bila dapat tahu kalau Kelantan kalahkan JDT mereka akan mendapat hadiah sebuah telefon pintar Huawei P10 Lite setiap seorang.

Wahhhhhh… sampai macam tu sekali ya?

Nak kalahkan JDT sampai terpaksa umpan dengan hadiah..

Begitu sekali kuatnya pengaruh JDT, semua pasukan mahu kalahkan mereka..

Setakat ini, hanya pasukan Perak dan Pahang yang berjaya menumbangkan pasukan Harimau Selatan dalam tempoh 90 minit permainan. Tolak Kedah yang menang sepakan penalti semasa menentukan pemenang Piala Sumbangsih 2017.

Kalau…… Kelantan Kalahkan JDT, Pemain Dapat Telefon Pintar Huawei P10 Lite..

Ketua Pegawai Pemasaran RedOne Malaysia, Ben Teh, mencabar semua pemain Kelantan supaya bangkit daripada kekalahan kepada Pahang untuk mengalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, malam esok, 12 April 2017.

Mesti Baca: Belum Sah Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya

“Lupakan kekalahan 1-2 dengan Pahang baru-baru ini. The Red Warriors (TRW) wajib bangkit semula di gelanggang sendiri untuk mengalahkan pencabar terkuat Liga Super, JDT, malam esok.

“Jika mereka menang, telefon pintar Huawei P10 Lite bakal menjadi milik semua pemain TRW sebagai hadiah daripada RedOne,” katanya dalam sidang media media selepas Majlis Pelancaran RedOne Prepaid Pek RedWira dan Jersi TRW Edisi Terhad.

RedOne yang juga penaja utama Kelantan musim ini, menyasarkan jualan 50,000 unit pek permulaan prabayar dengan harga RM130 seunit bagi membantu menampung kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

“Ini adalah langkah terbaharu yang diusahakan oleh RedOne sebagai tanda sokongan kami kepada KAFA dalam bentuk sumber kewangan.

Kelantan Kalahkan JDT

“Setiap jualan pek permulaan yang bernilai RM130, KAFA akan mendapat RM20 daripada jualan tersebut atau RM1 juta sekiranya kami berjaya mencapai sasaran jualan,” katanya.

Ben juga menerangkan pek permulaan yang dikenali sebagai RedWira yang dijual dengan harga RM130 seunit itu mengandungi satu kad prabayar, RM10 kredit tambah nilai automatik setiap bulan selama setahun serta jersi TRW edisi terhad.

“Semua Pek RedWira ini boleh didapati di semua RedOne Premier Shop dan RedOne Premeir Neighbourhood Centre di Kelantan mulai sekarang manakala peminat TRW di luar negeri ini boleh mendapatkannya pada 14 April nanti,” katanya – Sumber Stadium Astro

Kalau Kelantan kalahkan JDT,  telefon pintar Huawei P10 Lite akan menjadi habuan mereka.

Apapun, admin tak menyebelahi mana-mana pasukan malam esok.

Siapa yang bermain dengan baik mereka layak menang.

Kelebihan JDT kerana mereka dalam mood yang bersemangat tinggi sebab baru menang dengan membelasah Melaka United 7-0 baru-abru ini.

Kelantan walaupun kalah kepada Pahang Sabtu lepas, tapi bermain di gelanggang sendiri adalah satu kelebihan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!