Kelantan, T-Team, Perlis Dan ATM Dihukum Potong 6 Mata

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini mengambil tindakan drastik apabila Kelantan, T-Team, Perlis dan ATM dihukum potong 6 mata berkuatkuasa dengan serta-merta.

Tindakan pemotongan mata tersebut dilakukan selepas kesemua pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran iaitu mengemukakan surat-surat selesai bayaran tunggakan dari tahun-tahun sebelum 2017.

Kelantan, T-Team, Perlis Dan ATM Dihukum Potong 6 Mata

Sekiranya keempat-empat pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran tersebut sebelum 15 Mei ini, mereka dilarang daripada mendaftar pemain baharu sepanjang tempoh pendaftaran kedua sehingga segala tuntutan diselesaikan sepenuhnya.

Kelantan, T-Team, Perlis Dan ATM Dihukum Potong 6 Mata Kerana Gagal Membuktikan Bayaran Tunggakan Sebelum 2017

Keputusan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, sebentar tadi.

“Jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 15 Mei 2017, maka pasukan terbabit dilarang daripada mendaftar pemain baharu semasa jendela perpindahan kedua dibuka.

Kelantan, T-Team, Perlis Dan ATM Dihukum Potong 6 Mata

“Kegagalan untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari terakhir musim 2017 pada 31 Oktober 2017 akan menyebabkan mereka disingkirkan daripada liga yang disertai,” katanya – Sumber

Hukuman ke atas Kelantan, T-Team, Perlis dan ATM dihukum potong 6 mata berkuatkuasa dengan serta-merta sangat merugikan pasukan.

Selain itu, peminat dan penyokong semua pasukan tersebut pasti kecewa dan tidak mustahil mereka akan memboikot dengan tidak hadir ke stadium.

Akhirnya, pasukan kerugian hasil jualan tiket bagi menampung perbelanjaan pasukan.

Sepatutnya, semua pasukan di atas mengambil inisiatif membayar hutang-hutang tertunggak terutama gaji bekas jurulatih dan pemain mereka terlebih dahulu sebelum memasang niat mengambil pemain atau jurulatih baru.

Bila dah jadi macam ni nak salahkan siapa?

Mesti Baca: JDT, Kelantan Didenda RM10 Ribu

Leave a Reply

error: Content is protected !!