Menu

Kelantan Tarik Diri Liga Malaysia Musim Depan?

Kemelut yang melanda pasukan Kelantan seperti tiada kesudahan. Isu lewat bayar gaji, tunggakan gaji dan terkini pemotongan sebanyak enam mata ketika Liga Super Malaysia baru memasuki pusingan kedua. Hari ini admin terbaca yang pasukan Kelantan tarik diri Liga Malaysia musim depan andai kemelut yang melanda terus menemui jalan buntu.

Bagi admin jika benar The Red Warriors (TRW) menarik diri ianya satu kerugian kepada peminat pasukan bola sepak Kelantan yang tidak henti-henti memberi sokongan walaupun pasukan mereka berdepan seribu satu masalah.

Mesti Baca: Kelantan, T-Team, Perlis Dan ATM Dihukum Potong 6 Mata

Pendapat admin mudah sahaja…. pokok pangkal masalah adalah kesilapan pengurusan kewangan. Jika kewangan diuruskan dengan baik masalah pembayaran gaji dan tunggakan gaji tidak akan berlaku. Berbelanja mengikut kemampuan dan secara berhemah. Orang kata tak mampu buat cara tak mampu betul tak?

Kelantan Tarik Diri Liga Malaysia Musim Depan?

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sependapat dengan penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan pasukan itu mungkin terpaksa melupakan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada masa akan datang.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata perkara itu mungkin berlaku, jika pihak tertentu terus memberi pelbagai tekanan sehingga menambah kemelut persatuan.

“Penyertaan Kelantan mungkin terkubur jika pihak terbabit tidak memahami situasi kemelut kewangan yang dihadapi persatuan negeri. “Malah tidak mustahil peminat bola sepak negeri ini hanya mampu melihat skuad yang pernah memenangi gelaran treble terus tercicir dalam saingan Liga Super selepas ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan Annuar, Ismail mengakui tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberi hukuman penolakan enam mata yang dianggap tidak adil, adalah faktor utama KAFA semakin tertekan.

Kelantan Tarik Diri Liga Malaysia

“FAM sepatutnya memikirkan impak negatif yang terpaksa ditanggung persatuan negeri daripada bertindak menghukum secara sewenang-wenangnya.

“FAM harus belajar ilmu pengurusan yang lebih profesional kerana segala bentuk hukuman harus memikirkan kesannya,” katanya. Annuar semalam memberi bayangan yang skuad The Red Warriors (TRW) mungkin terpaksa melupakan saingan Liga M akibat tekanan luar yang tidak sepatutnya berlaku.

Mesti Baca: JDT, Kelantan Didenda RM10 Ribu

“TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi, di bawah peraturan dan cara sekarang (memandangkan) pasukan miskin, sudah tiada tempat lagi di Liga Super.

“Saya doakan yang terbaik jika ada peluang untuk pasukan negeri ini dan beraksi atas nama negerinya,” katanya dalam kenyataan menerusi satu daripada akaun Facebook miliknya – Sumber

Tidak meriah rasanya jika benar Kelantan tarik diri Liga Malaysia musim depan.

Penyokong  The Red Warriors (TRW) di antara yang terbaik dalam menunjukkan sokongan kepada pasukan mereka.

Lautan merah stadium tidak akan kelihatan lagi andai terjadi.

Harap pengurusan KAFA dan FAM duduk semeja dan berbincang.

Setiap masalah ada penyelesaiannya.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!