Menu

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Kita dijangka berpuasa di bulan Ramadhan 2017 pada hari Sabtu, 27 Mei iaitu lebih kurang sehari sahaja lagi. Umat islam seluruh dunia sangat merindukan kedatangan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Jom admin kongsikan kelebihan berpuasa di bulan Ramadan yang dipetik daripada Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Mesti Baca: Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2017 Dan Lokasi

Kewajipan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Keutamaan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

Fadhilat Dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan

  • Pintu langit dibuka
  • Pintu-pintu syurga di buka
  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  • Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaannya oleh Allah SWT
  • Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  • Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  • Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Mesti Baca: Semak Waktu Solat Secara Online

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Amal Ibadah Sepanjang Bulan Ramadan

Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan di antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat – Sumber

Mesti Baca: Prosedur Mengambil Anak Angkat/Anak Pelihara Di Malaysia

Kita dijangka menyambut Ramadhan 2017 pada hari Sabtu, 27 Mei.

Rasanya semua dah tahu di antara kelebihan berpuasa di bulan ramadan yang tiada dalam bulan-bulan yang lain adalah terdapatnya malam Lailatul Qadar.

Tidak kira siapapun kita, berapa banyak dosa yang telah dilakukan sebelum ini, jom kita mulakan ramadan tahun ini sebagai titik permulaan untuk berubah ke arah lebih baik.

Selamat berpuasa semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!