Bila Kali Terakhir Mandi Bersama?

Mandi bersama dengan siapa? Soalan ini ditujukan khas kepada suami isteri yang sah sahaja, kalau belum berkahwin jangan memandai-mandai mandi bersama, nanti kena tangkap basah.

Bila kali terakhir anda mandi bersama-sama sejak bergelar suami isteri? kalau sudah beranak pinak, mandi bersama boleh dikatakan tiada lagi, mungkin malu dengan anak atau pasangan kata kita buang tabiat pula.

Tetapi, ramai yang tidak sedar mandi bersama-sama adalah Sunnah Nabi dan sangat digalakkan dalam hubungan suami isteri.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

“Daripada Aishah r.a bekata: Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas.Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu” (Sahih Al-Bukhari: hadis 253)

Kelebihan Mandi Bersama

Jangan malu untuk mandi bersama-sama suami atau isteri. Kalau tidak dapat selalu pun, sekurang-kurangnya jangan tiada langsung walaupun sudah beranak pinak.

1. Mengeratkan Hubungan

Dapat mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perasaan kasih sayang malah ianya menjadikan anda bertambah intim dengan pasangan.

2. Dapat Bergurau Senda/Berseronok

Kehidupan seharian memang memenatkan. Kadang-kadang nak bergurau dengan pasangan pun tidak sempat. Jadi, gunakan peluang ini dengan bergurau mesra atau berseronok, gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Nabi pun bergurau dengan isteri semasa mandi.

Mesti Baca: Tips Semarakkan Cinta (Untuk Yang Dah Lama Kahwin)

mandi bersama

3. Meredakan Stress/Tekanan

Memberikan kegembiraan dan ketenangan. Ianya seperti terapi yang dapat mengurangkan stress.

4. Rasa Dihargai

Apabila mandi bersama, kita dapat melihat tubuh pasangan seterusnya menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Pasangan akan rasa dihargai dan menambahkan keyakinan diri pasangan.

5. Baik Untuk Jantung

Denyutan jantung berdegup kencang ketika ini. Secara tidak langsung ianya baik untuk kesihatan jantung suami dan isteri.

6. Kebersihan Tubuh Pasangan

Mandi sendirian belum tentu bersih kerana ada sesetengan bahagian badan sukar dicapai seperti di belakang badan. Apabila mandi bersama-sama, pasangan boleh menggosokkan bahagian tubuh yang sukar dicapai. Secara tidak langsung, kebersihan tubuh pasangan lebih terjaga.

7. Suis Untuk Lebih Ghairah

Maksudnya, ketika mandi bersama-sama, sentuhan akan menyebabkan pasangan teransang. Ianya seperti suis untuk menghidupkan suasana ghairah untuk ke peringkat lebih serius. Kadang-kadang tidur bersama di atas katil belum tentu nafsu pasangan teransang, jadi mandi bersama-sama mungkin boleh menyelesaikan masalah.

Sumber: Mingguan Wanita

Mulai hari ini, jangan malu mandi bersama. Selain ianya Sunnah Nabi, banyak kelebihan yang diperolehi suami isteri terutama bagi pasangan yang semakin hambar dalam hubungan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!