Isu Tanah: Keliru Pecah Sempadan Dan Pecah Geran?

Bila bicara soal tanah ni ramai yang masih keliru antara pecah sempadan dan pecah geran. Ada orang cakap “pecah lot”. Ini perkongsian ringkas isu tanah pecah sempadan dan pecah geran. Jangan keliru lagi.

Pecah Sempadan

Pecah sempadan tanah adalah tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap (samada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah ) di pecah sempadankan kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama (Sek. 135(1)

Pecah Sempadan Dan Pecah Geran

Sumber Gambar: jurukurtanah.blogspot.com

Pecah Bahagian

Pecah bahagian tanah ialah tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap (sama ada Hakmilik Pejabat Pendaftar atau Hakmilik Pejabat Tanah) yang dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama adalah dipecah bahagikan supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hakmilik yang berasingan (yang keluasanya adalah sehampir mungkin kepada bahagiannya).

Walau bagaimanapun, tidak semestinya setiap tuanpunya bersama diberikan hakmilik berasingan. Mereka yang masih ingin meneruskan pemilikan bersama boleh mengekalkan haknya bersamaan dengan bahagiannya. (Sek. 140(1)(a), (b). terdapat tiga aliran pecah bahagian tanah iaitu secara biasa, syer majoriti dan proses mahkamah. Sumber

Pecah Sempadan Dan Pecah Geran

Sumber Gambar: jurukurtanah.blogspot.com

Tengok maksud pecah sempadan dan pecah geran seperti terkandung dalam Kanun Tanah Negara memang pening kerana “bahasa tinggi” digunakan. Kita orang kampung ni susah nak faham. Jadi tengok gambar dan contoh di bawah untuk lebih mudah faham 🙂

Contoh Pecah Sempadan Dan Pecah Geran

Contoh Pecah Sempadan

Labi ada tanah 1 ekar dan ada anak 5 orang. Labi buat pecah sempadan tanah beliau kepada 5 lot banglo. Labi masih pemilik kepada 5 lot tersebut. Kemudian Labi buat pindahmilik setiap lot kepada setiap seorang anak beliau. Masing-masing dapat 1 lot daripada pecahan 5 lot banglo tadi.

Contoh Pecah Geran

Labu dan Labi merupakan pemilik kepada 2 ekar tanah atau disebut istilah kongsi geran yang sama. Masing-masing mempunyai 1/2 bahagian dalam geran tanah tersebut atau sama rata. Kemudian dipecahkan bahagian kepada 1 ekar seorang. Maknanya seorang pegang satu geran dengan 1 ekar tanah (geran tanah berasingan).

Itulah perkongsian ringkas isu tanah pecah sempadan dan pecah geran. Kalau masih kurang faham boleh merujuk terus dengan Pejabat Daerah dan Tanah di tempat masing-masing.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!