Kematian Adib: Waytha Moorthy “Diserang”

Susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy diserang oleh netizen di Facebook rasmi beliau, Waytha Moorthy Ponnusamy kerana menggunakan gambar profile Muhammad Adib sebagai tanda berkabung dan bersedih di atas kematian Adib.

Memang kemarahan warga Malaysia tidak dapat dibendung ketika ini kerana kematian Muhammad Adib sangat menyedihkan, dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan sedangkan arwah hanya berniat menjalankan tugas sebagai anggota bomba untuk memadamkan kebakaran di lokasi rusuhan kuil Seafield tersebut.

Kematian Adib

Entah apa yang merasuk perusuh ketika itu sehingga membelasah Muhammad Adib sehingga parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi seterusnya menghembuskan nafas terakhir di Institut jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib “mati katak” kerana kebodohan, kegilaan dan hilang nilai segelintir perusuh yang terlalu mengikut emosi. Apa salah anggota beruniform ketika itu?

Kematian Adib: Waytha Moorthy “Diserang”

Mengapa Waytha Moorthy menjadi sasaran kemarahan netizen? Jangan lupa satu nama lagi iaitu exco kerajaan negeri Selangor, V. Ganabatirau.

Dua individu ini dianggap pencetus kepada rusuhan kuil menjadi tidak terkawal dan menyebabkan Muhammad Adib terkorban.

Tidak hairan mereka berdua menjadi sasaran orang ramai yang marah dengan kematian Muhammad Adib kerana sebagai menteri dan exco, mereka sepatutnya berusaha menangani masalah bukan mencurahkan minyak ke dalam api dengan kenyataan bodoh dan biadap yang mencetuskan api perkauman.

Kerajaan harus bertidak tegas terhadap dua individu ini. Mereka harus bertanggungjawab terhadap isu Kuil Seafield, minta maaf sahaja tidak cukup, lucut atau letak jawatan.

Mesti Baca: Mati Di Gunung Everest Mayat Dibiarkan?

Kematian Adib

Di antara komen-komen di Facebook Waytha Moorthy;

“Turunkan gambar Adib. Anda tidak berhak. Turunkan,” kata Noreen A. G. Ghani.

“Penggunaan gambar ini adalah penghinaan kepada Allahyarham Muhammad Adib!” kata Sahruddin Esa.

“Atas apa yang telah berlaku dan apa yang baru berlaku beberapa jam tadi, sebagai manusia yang cintakan keamanan, saya menasihatkan YB Waytha Moorthy Ponnusamy letak jawatan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” kata Mohd. Fuad Rahmat.

UPDATE: Waytha Moorthy telah menukar gambar profile di Facebook  atau telah memadam akaun Facebook beliau kerana mendapat kecaman hebat daripada rakyat Malaysia yang berang dengan kematian Adib.

UPDATE: Kematian Muhammad Adib juga kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iatu bunuh.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!