Menu

Kenali Tanda-Tanda Anak Autisme, Semak Sekarang!

Mengesan tanda-tanda anak autisme seawal mungkin adalah penting kerana kajian menunjukkan intervensi dilakukan terhadap kanak-kanak autisme selepas pemeriksaan awal menghasilkan keputusan lebih baik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial berbanding mereka yang dikesan lewat.

Pada masa kini, tiada pemeriksaan perubatan untuk mendiagnosis autisme, sebaliknya autisme didiagnosis dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dan mencari tanda-tanda tertentu yang juga ciri-ciri autisme.

Tanda-Tanda Anak Autisme

Tanda-tanda anak autisme peringkat awal berbeza bagi setiap pengidapnya. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir, manakala yang lain menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan.

Kenali Tanda-Tanda Anak Autisme, Semak Sekarang!

  • Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.
  • Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.
  • Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.
  • Tidak mengagah ketika bayi berusia 12 bulan.
  • Tidak membuat gerak isyarat untuk berkomunikasi seperti melambai, mencapai ketika bayi berusia 12 bulan.
  • Tidak memberi tindak balas ketika namanya dipanggil ketika bayi berusia 12 bulan.
  • Tidak berceloteh ketika bayi berusia 16 bulan.
  • Tidak mengeluarkan perkataan ketika kanak-kanak berusia dua tahun.
  • Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.

Tanda-Tanda Anak Autisme

Tanda- Tanda Lain Autisme Yang Boleh Diperhatikan

  • Mengelak hubungan mata dan lebih suka bersendirian.
  • Sukar memahami perasaan orang lain.
  • Perkembangan pertuturan yang lambat.
  • Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).
  • Cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitaran.
  • Mempunyai minat yang sangat terhad.
  • Menunjukkan tingkah laku berulang-ulang seperti berpusing atau goyang badan.
  • Mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, bau, rasa, tekstur, cahaya atau warna.

Autisme bukan penyakit sebaliknya gangguan perkembangan otak yang menjejaskan kemahiran sosial dan komunikasi. Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak di bahagian yang terjejas – Sumber Harian Metro Online

Admin ada beberapa orang rakan yang mempunyai anak autisme. Semoga mereka terus tabah dan redha.

Bagi yang baru memiliki anak, ambil langkah awal dan kenali tanda-tanda anak autisme. Tindakan awal mengesannya membolehkan perancangan untuk latihan dan pendidikan khas pada masa akan datang.

Mesti Baca: Prosedur Mengambil Anak Angkat/Anak Pelihara Di Malaysia

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!