Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

Kepentingan belajar bahasa inggeris adalah kerana ianya bahasa utama dunia pada masa kini. Semua negara di dunia menyedari hal ini dan menekankan pembelajaran bahasa inggeris dalam pendidikan supaya rakyat dapat menguasai ilmu pengetahuan.

Alasannya mudah bahasa inggeris adalah bahasa ilmu yang mana hampir 100% buku dan jurnal diterbitkan dalam bahasa inggeris. Memang ada buku dan jurnal dalam bahasa lain tetapi amat kurang. Sebagai bahasa universal, semua ilmu diterbitkan dalam bahasa inggeris untuk memudahkan penyebaran ilmu ke seluruh dunia.

Selain itu, temuduga kerja kerajaan pun menilai aspek penguasaan bahasa inggeris. Jika anda ditemuduga pada peringkat jawatan Pegawai dan Penolong Pegawai pasti akan diselitkan pertanyaan dalam bahasa inggeris untuk menguji tahap penguasaan bahasa inggeris. Begitulah kepentingan belajara bahasa inggeris untuk temuduga kerja kerajaan.

Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

Cara mudah dan cepat belajar bahasa inggeris adalah latihan berterusan. Ada 5 cara mudah belajar bahasa inggeris iaitu:
  • Baca surat khabar dalam bahasa inggeris seperti The Star untuk menilai cara penulisan bahasa inggeris
  • Tonton drama bahasa melayu yang ada terjemahan bahasa inggeris di bawahnya. Mungkin anda dapat belajar sesuatu di sana
  • Buka semula buku bahasa inggeris anak-anak terutama sekolah rendah dan baca. Buku mereka pada peringkat asas bahasa inggeris. Mungkin anda boleh ingat semula apa yang anda pernah belajar.
  • Duduk depan cermin dan bercakap dalam bahasa inggeris. Memang nampak janggal dan kelakar tapi itu boleh mengasah skil komunikasi bahasa inggeris.
  • Sesekali gunakan bahasa inggeris ketika menggunakan media sosial seperti facebook , twitter dan sebagainya. Pedulikan apa orang nak kata.

Begitulah kepentingan belajar bahasa inggeris kerana bukan saja untuk kemajuan kerjaya tetapi dengan menguasai bahasa inggeris ianya dapat menambah nilai diri di hadapan masyarakat.

Anda bayangkan ketika pelancong luar datang bertanya jalan dengan anda di hadapan orang ramai. Tidakkah anda bangga anda bercakap bahasa inggeris dengan yakin? Bangga betul tak 🙂

Untuk belajar bahasa inggeris dengan cara mudah boleh cuba dapatkan ebook Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris. Mana tahu ianya berkesan untuk anda kuasai bahasa inggeris komunikasi.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!