Menu

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 di sebuah hotel di Subang Jaya malam ini telah diketahui dengan penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri yang akan bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim 2017 merangkul dua gelaran.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP adalah untuk mengiktiraf pencapaian pihak yang berkepentingan dalam Liga Malaysia.

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

Ahmad Hazwan Bakri yang bermain cemerlang sepanjang musim Liga Super 2016 dan peringkat antarabangsa membolot dua anugerah tersebut:

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

  • Penyerang Terbaik 2016
  • Pemain Paling Bernilai 2016

Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan bergaya membolot Anugerah Penjaga Gol Terbaik 2016 buat kali kelima selepas memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.

Bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim pula memenangi gelaran Pemain Tengah Terbaik 2016 untuk kali keempat selepas memenangi anugerah sama pada 2011, 2012 dan 2015.

Pasukan Kedah yang menjulang Piala Malaysia musim ini iaitu Muhammad Rizal Ghazali dan Tan Cheng Hoe dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Bekas pemain sayap T-Team Muhd Safawi Rasid yang akan menyertai JDT pada musim depan pula dipilih sebagai Pemain Muda Harapan.

Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menerima penghargaan khas selepas beliau tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala mendiang Ah Wa, yang merupakan peminat fanatik pasukan Liga Super Perak menerima anugerah penghormatan khas.

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Pertahanan Terbaik: Muhammad Rizal Ghazali (Kedah)

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)

Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Kedah)

Anugerah Fair Play – Negeri Sembilan

Pemain Wanita Terbaik – Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) – Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak, 7 gol)

Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (JDT, 18 gol)

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Perdana) – Abdul Malik Mat Ariff(Kuantan FA, 10 gol)

Baca Juga: Gol Faiz Subri Tiga Senarai Akhir Anugerah Puskas

Penjaring Terbanyak Import (Liga Perdana) – Ilija Spasojevic (Melaka United, 24 gol)

Pasukan Bola Sepak Terbaik – Johor Darul Ta’zim

Kelab Penyokong Terbaik – Melaka United

Laman Media Sosial Terbaik – Johor Southern Tigers

Laman Web Terbaik – Johor Southern Tigers

Anugerah Komuniti – Subadron Aziz Football Academy dan Kindness Malaysia

Anugerah Khas Piala Presiden – Kelantan

Anugerah Khas Piala Belia – Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17

Anugerah Khas Selamat Datang – MISC MIFA dan PKNP FC

Penghargaan Khas – Mohd Faiz Subri (Anugerah Puskas FIFA)

Penghormatan Khas – Mendiang Ah Wa

Artikel Dipetik Daripada Sinar Harian Online

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016!

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 ini membuktikan pemain, jurulatih dan penyokong mendapat pengiktirafan sewajarnya atas usaha keras mereka sepanjang musim Liga Malaysia 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!