Menu

Keputusan Konsert Kedua Gegar Vaganza 3

Keputusan konsert kedua Gegar Vaganza 3 telah diketahui dengan Razis Ismail terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza 3. Minggu kedua konsert menyaksikan saingan sengir daripada semua peserta untuk memberikan persembahan terbaik.

Seperti biasa Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse sentiasa menceriakan suasana dengan telatah spontan mereka bersama juri tetap dan jemputan.

Baca Juga: Peserta Gegar Vaganza 3 Sedia Menggegar

Selesai konsert pertama minggu lepas dengan tiada penyingkiran bermakna minggu kedua akan menentukan gegaran siapa akan terhenti. Walaupun Razis Ismail dilihat memberikan persembahan yang agak baik mungkin faktor usia sedikit membataskan kemampuan beliau bersaing dengan penyanyi lebih muda.

Keputusan Konsert Kedua Gegar Vaganza 3

Berikut senarai lagu yang telah disampaikan oleh 12 penyanyi yang terlibat dalam konsert kedua Gegar Vaganza 3.

  • Ameng – Epilog Cinta Dari Bromley (Suhaimi Mior Hassan)
  • Gmie – Januari (Glenn Fredly)
  • Razis Ismail – Bunga Pujaan (Jamal Abdillah)
  • Rem – Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy & Martin)
  • Shidee – Meneka Dalam Kesamaran (Ibnor Reza)
  • Zarul Husin – Untukmu Selamanya (Visa)
  • Intan Sarafina – Pudar (Rossa)
  • Azharina – Sinaran (Sheila Majid)
  • Elly Mazlein – Berpisah Jua (Ziana Zain)
  • Siti Sarah – Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latif)
  • Zur Eda – Berpaut Di Dahan Cinta (Dayang Ku Intan)
  • Nora – Setelah Aku Kau Miliki (Shima)

Hampir semua peserta menunjukkan persembahan mantap dan Azharina berjaya merangkul vokal terbaik dalam konsert kedua kali ini.

Keputusan konsert kedua Gegar Vaganza 3 telah diketahui. Bagaimana dengan keputusan konsert ketiga nanti? Jangan lupa saksikan fenomena Gegar Vaganza 3 minggu depan dengan penaja utama Pamoga Qu Puteh.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!