Menu

Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3

Keputusan konsert ketiga Gegar Vaganza 3 akan diketahui Ahad, 30 Oktober 2016 . Minggu kedua konsert menyaksikan saingan sengit daripada semua peserta untuk memberikan persembahan terbaik dan Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir Gegar Vaganza 3.

UPDATE: Rem yang menyanyikan lagu Penawar Rindu daripada Orchid Abdullah menjadi peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga Gegar Vaganza 3.

Azharina dengan lagu reggae Bob Marley “No Woman No Cry” muncul vokal terbaik minggu ketiga Gegar Vaganza 3 dengan persembahan mantap dan menghiburkan.

Tamat sudah perjalanan Rem dalam Gegar Vaganza 3. Tahniah kepada beliau kerana berani menyahut cabaran untuk muncul dalam Gegar Vaganza 3 walaupun agak lama menyepi dalam dunia hiburan tempatan.

Baca Juga: Keputusan Konsert Kedua Gegar Vaganza 3

Seperti biasa Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse sentiasa menceriakan suasana dengan telatah spontan mereka bersama juri tetap dan jemputan. Nabil dikecam hebat dalam media sosial kerana membuat lawak tidak sesuai terhadap Elly Mazlein pada konsert kedua. Harap beliau lebih sensitif selepas ini.

Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3

Senarai Lagu Minggu Ketiga Gegar Vaganza 3

Ameng – Lelaki Seperti Aku (Alif Satar)

Gmie – Seni Berzaman (To’ki)

Rem – Penawar Rindu (Orchid Abdullah)

Shidee – Mengapa Dikenangkan Mengapa Difikir (Herman Tino)

Zarul Husin – Generasi (OAG)

Intan Sarafina – Penantian (Black Rose)

Azharina – No Women No Cry (Bob Marley)

Elly Mazlein – Perawan Atau Janda (Cita Citata)

Siti Sarah – Joget Sayang Di Sayang (Anita Sarawak)

Zur Eda – Karma (Cokelat)

Nora – Sudah Ku Tahu (Projector Band)

Baca Juga: Peserta Gegar Vaganza 3 Sedia Menggegar

Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3

Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3 akan diketahui sebaik saja semua peserta selesai membuat persembahan. Siapakah yang akan mengungguli minggu ketiga Gegar Vaganza 3? Siapakah yang akan tersingkir pada minggu ketiga ini?

Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3 akan kami update sebaik saja keputusan rasmi diperolehi. Nantikan update seterusnya sebentar nanti 🙂

Begitulah Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3 dengan Rem menjadi peserta kedua tersingkir dalam minggu ketiga Gegar Vaganza 3 dan Azharina vokal terbaik.

Nantikan minggu ke 4 Gegar Vaganza 3 siapakah yang akan menurut jejak Razis Ismail dan Rem tersingkir untuk ke minggu seterusnya.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!