Keputusan Mesyuarat Kabinet Pertama 2018

Kerajaan Pakatan Harapan yang baru dibentuk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru sahaja selesai mesyuarat kabinet yang pertama. Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apakah hasil dan keputusan mesyuarat kabinet pertama 2018?

Hasil keputusan mesyuarat tersebut menyaksikan ada yang tidak akan senang duduk terutama pegawai lantikan politik daripada kerajaan terdahulu.

Keputusan Mesyuarat Kabinet Pertama 2018

 keputusan mesyuarat kabinet pertama 2018

Sumber Gambar: malaysiakini.com

Mesti Baca: Tangguh Bayaran PTPTN Berkuatkuasa Serta Merta

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Jom kita tengok intipati keputusan mesyuarat kabinet pertama 2018 yang admin ringkaskan daripada pelbagai sumber berita.

i. Gaji asas jemaah menteri dipotong 10%

ii. Harga petrol kekal

iii. Pelantikan kakitangan kontrak berunsur politik ditamatkan tetapi kakitangan jawatan rendah akan dibela

iv. 5 Agensi dibubarkan iaitu:

  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK)
  • Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU)
  • Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
  • Majlis Profesor Negara

v. Kerajaan tidak akan beli semula Proton

vi. Kenaikan gaji kakitangan awam pada 01 Julai 2018 akan dikaji kerana ianya janji kerajaan terdahulu

Dalam semua keputusan mesyuarat kabinet pertama 2018 di atas yang menarik minat admin adalah nasib kakitangan awam lantikan kontrak berunsur politik.

Memang tidak dapat dinafikan ini kuasa mutlak pemerintah baru yang pasti tidak mahu bekerjasama dengan kakitangan yang dilantik oleh kerajaan terdahulu untuk menentang mereka cuma admin harap nasib kakitangan yang berjawatan rendah mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Kita jangan cepat menghukum. Beri peluang kerajaan baru yang dipimpin Tun Dr Mahathir membuktikan sesuatu. Pengalaman Tun M sangat mahal harganya 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!