Keputusan STPM 2016 Pada 28 Februari 2017

Tarikh keputusan STPM 2016 adalah pada 28 Februari ini, kata Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd. Fauzi Mohd. Kassim.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari sementara calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Cara Alternatif Semakan Keputusan STPM 2016

Selain mengambil keputusan STPM di sekolah masing-masing, calon juga boleh menggunakan alternatif lain untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka melalui:

  • Sistem Mesej Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888.
  • Secara Online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tersebut

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM ) 2016 memiliki seramai 43,325 calon yang menduduki peperiksaan di 738 buah pusat di seluruh negara.

Keputusan STPM 2016

Daripada jumlah itu, 42,845 orang (99.10 peratus) merupakan calon sekolah kerajaan, 264 orang (0.61 peratus) calon sekolah swasta, 114 orang (0.26 peratus) calon persendirian individu dan 12 orang (0.03 peratus) calon sekolah kerajaan negeri – Sumber

Mesti Baca: Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup!

Keputusan STPM 2016 akan diketahui pada 28 Februari 2017.

Selain mengambil keputusan di sekolah, bagi yang tidak berkesempatan boleh mengetahui keputusan peperiksaan mereka melalui SMS dan Online.

Leave a Reply

error: Content is protected !!