Menu

Kerajaan Yakin Bina Satu Juta Rumah Mampu Milik 2018

Kerajaan yakin bina satu juta rumah mampu milik 2018. Itulah kenyataan daripada Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika merasmikan Rumah Contoh Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi baru-baru ini.

Menurut Datuk Halimah Mohamed Sadique lagi, terdapat kira-kira hanya 23.3 peratus atau 268,018 unit sahaja perlu dibina tahun depan bagi melengkapkan sasaran satu juta rumah mampu milik 2018.

Untuk rekod, sebanyak 76.7 peratus atau 883,412 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah pun siap dibina sehingga 30 September 2016.

Rumah Mampu Milik

Menurut beliau lagi, sebanyak 500,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB; 150,000 unit oleh kerajaan negeri manakala bakinya oleh pihak swasta dan kementerian mengikut kumpulan sasar masing-masing.

Baca Juga: Sebab Tidak Mampu Memiliki Rumah Sendiri

Satu berita baik yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini. Memang tak dapat nafikan memiliki rumah sendiri memang menjadi idaman semua pihak terutama mereka yang telah berkahwin dan memiliki anak.

Harga rumah pada masa sekarang sangat tinggi dan seperti tidak masuk akal. Ini dilihat perkara mustahil kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

Semoga inisiatif kerajaan membina satu juta unit Rumah Mampu Milik (RMM) 2018 akan tercapai. Satu lagi harapan admin, pembahagian dan pemilikan rumah tersebut hendaklah telus.

 

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!