Menu

Kerja Di Singapura, Gaji Cleaner Saja RM3000. Nak Cuba Nasib?

Kerja di Singapura macam best. Gaji dibayar dalam dollar, darab dengan duit kita berapa dapat tu? Apa yang admin pernah baca gaji tukang cuci atau cleaner saja RM3000.

Berapa kali ganda gaji cleaner di Malaysia betul tak?

Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar – Ringgit Malaysia ialah sekitar 1SGD = RM3.10

Kerja Di Singapura

Cuba tengok contoh senarai kerja di Singapura bagi jawatan cleaner/tukang cuci. Anda tukarkan sendiri dengan matawang Malaysia berapa gaji mereka? Lumayan bukan?

Bagi yang masih muda, mahu cabaran, nak cari duit banyak atau apa lagi alasan boleh cuba nasib kerja di Singapura.

Peluang tak datang selalu, masa muda dan masih bujang inilah nak cari duit banyak, cukup simpanan berhenti kerja dan buat bisnes atau beli tanah buat ladang.

Tapi…. Anda Tak Sesuai Kerja Di Singapura Jika……

1. Manja. Jika anda tak tahu bergaul, semua benda nak orang buatkan, takut keluar daripada zon selesa, JANGAN sesekali berangan kerja Singapura.

2. Tidak tahan tekanan/kurang penyabar. Maklumlah bekerja di negara orang. Jika anda jenis baran tak tentu pasal baik jangan kerja Singapore nanti kena jual.

3. Tidak menepati masa. Budaya kerja negara maju seperti Singapura mementingkan ketepatan masa. Jika anda tak biasa bangun pagi tak perlu berangan kerja di Singapura.

4. Blacklisted/senarai hitam. Jika anda dalam senarai blacklist atau senarai hitam sebagai contoh senarai hitam PTPTN, lupakan niat bekerja di Singapore.

Soalan- Soalan Lazim Kerja Di Singapura

Banyak persolan yang bermain dalam kepala bagi mereka yang nak cuba nasib kerja di Singapura, ada takut kena jual atau jadi hamba maklumlah kerja di negara orang. Tapi, kalau terus fikir negatif saja macam mana nak maju betul tak?

1. Kelulusan Tak Tinggi, SPM Pun Tak Ada. Ada Peluang Ke?

Orang tiada PMR pun boleh dapat kerja di Singapura, macam-macam kerja ada.

2. Bahasa Inggeris Berterabur, Macam Mana Nak Speaking Nanti?

Tiada masalah jika bahasa inggeris berterabur kerana pengurus tidak akan meletakkan pekerja yang tak pandai bahasa inggeris di bahagian hadapan.

3. Kos Tinggal Di Singapura Mahal Tak? 

Memang mahal tapi mengapa nak tinggal di Singapura? Cari rumah sewa atau bilik sewa di Johor dan ulang-alik kerja di Singapura.

4. Macam Mana Nak Cari Kerja Di Singapura? Cari Sendiri Atau Dengan Agensi Pekerjaan?

Guna agensi pekerjaan memang senang. Tak perlu fikir apa, bayar saja semua mereka uruskan. Cari kerja, tempat tinggal dan sebagainya.

Tapi…

Cari kerja dengan usaha sendiri lagi baik. Anda boleh pilih kerja yang sesuai dengan jiwa. Tidak dipaksan dan tidak terikat.

5. Banyak Soalan Lagi…………

Admin pun tak larat nak tulis soalan-soalan lazim kerja di Singapura ni, banyak sangat. Memang kita risau sebab kerja di negara orang tapi kalau nak buat duit banyak tak salah cuba nasib bekerja di Singapura.

Tak perlu pening lagi, jika rasa nak cuba bekerja di Singapore dengan gaji lumayan cuba baca dahulu Panduan Mencari Kerja dan Bekerja Di Singapura

Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Kerja Di Singapura

Ebook ini ditulis khusus untuk siapa saja yang nak cari peluang kerja di Singapura. Jika anda betul-betul berminat nak kerja di Singapura admin sangat mencadangkan anda baca panduan ini dahulu.

Terdapat 5 BAB dalam ebook Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura ini:

  • Bab 1 – Strategi Mencari Kerja Di Singapura
  • Bab 2 – Dokumen-Dokumen Penting
  • Bab 3 – Pengangkutan
  • Bab 4 – Tempat Penginapan
  • Bab 5 – Hal-Hal Penting Yang Berkaitan

Maklumat lanjut isi kandungan ebook Baca Sini

Bagaimana Cara Mendapatkan Ebook Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura Ini?

Buat masa sekarang, ebook ini masih dikemaskini dan akan dilancarkan kemungkinan pada hari Isnin, 13 Mac 2017.

Atau….

Anda bimbang terlepas pandang bila ebook ini akan dilancarkan nanti?

Jangan bimbang….

UPDATE: Ebook Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura telah selamat dilancarkan.

Segera dapatkan panduan bekerja di Singapura ini sekarang dan mulakan langkah mencari pendapatan lumayan di Singapura.

Masukkan EMAIL dan NAMA anda di bawah supaya dapat admin berikan Link Khas untuk mendapatkan ebook ini. (Ada Bonus Khas dalam email)

 

Peluang kerja terbuka luas, jika di Malaysia anda susah dapat kerja yang sesuai boleh cuba nasib kerja di Singapura dengan gaji yang jauh lebih mahal walaupun hanya menjadi tukang cuci!

Ketepikan perasaan malu, kerja apa pun di Singapura yang penting gaji lumayan malah jauh lebih lumayan daripada kerja orang berpangkat di Malaysia.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!