Kes Perceraian Semakin Meningkat

Rumah tangga roboh kerana tiada persefahaman antara kami. Itulah yang biasa kita dengar apabila sebut bab perceraian. Kes perceraian semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan ada banyak faktor yang meleraikan ikatan perkahwinan ini.

Faktanya dinyatakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun yang berkata:

Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan dalam tempoh Januari hingga 10 Julai tahun 2016 iaitu meningkat enam peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Kes perceraian semakin meningkat tahun ini banyak dicatat di tiga buah negeri iaitu Selangor (7,731), Sabah (6,638) dan Johor (4,700).

Kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapati keba­nyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir de­ngan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.

Punca Utama Kes Perceraian Semakin Meningkat

Banyak faktor menjadi penyumbang keruntuhan rumah tangga. Kajian mendapati di antara punca dan sebab perceraian adalah seperti berikut.

  • Tiada persefahaman – 56.2%
  • Suami tidak bertanggungjawab – 15.2%
  • Isteri curang – 11.8%
  • Kes Perceraian Semakin Meningkat

Kalau kita lihat pada zaman sekarang punca utama masalah rumah tangga tak lain tak bukan masalah kewangan yang menghimpit dalam suasana kos sarah hidup yang semakin tinggi.

Tetapi menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan punca kes perceraian semakin meningkat adalah tiada persefahaman.

Baca Juga: Kanak-Kanak Kurang Tidur Boleh Jadi Gemuk

Ya itu benar juga kerana perkahwinan yang selalu bertelagah dan tidak mahu mengalah kita akan berasa bosan dengan pasangan dan akhirnya persefahaman yang dikecapi sebelum itu semakin pudar.

Apapun puncanya ingatlah… elakkan perceraian walaupun ianya perkara halal yang dibenci Allah. Masalah rumah tangga boleh diselesaikan. Buang ego.. Sedia memaafkan dan meminta maaf.. sayangi ikatan perkahwinan dan anak-anak hasil perkahwinan itu. Bayangkan keadaan anak jika ibu bapa bercerai..

Leave a Reply

error: Content is protected !!