Menu

Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak lebih Hebat!

Anak adalah anugerah yang tak ternilai, kehadiran mereka menyerikan rumah tangga dengan tangisan dan gelak ketawa. Cuba tanya diri sendiri, berapa kali dalam sehari anda memeluk anak? Sayangnya….. ramai yang tak sedar kesan pelukan ibu bapa kepada anak menjadikan mereka lebih hebat!

Biasa kita lihat, walaupun anak masih kecil, ramai ibu bapa yang menghukum, memarahi, mengugut dan sebagainya apabila mereka melakukan kesilapan kononnya untuk mengajar tapi sedarkah dalam usia masih kecil apa yang mereka faham dan mereka masih dalam proses belajar?

Jadi jangan cepat menghukum! berikan dorongan, nasihat, teguran dengan cara yang lemah lembut.

Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak lebih Hebat!

Anak tak kira kecil atau besar memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Percaya atau tidak kuasa pelukan sangat berkesan dan mempunyai magis tersendiri.

Mesti Baca: Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

Selain anak rasa disayangi, perasaan marah ibu bapa akan hilang apabila memeluk anak kesayangan. Jom kita baca artikel yang admin petik daripada Harian Metro Online kesan pelukan ibu bapa yang sering diabaikan.

Kesan Pelukan Ibu Bapa

1. IQ anak lebih hebat

Pelukan ialah satu bentuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan kepada anak. Peluk anak setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan IQ lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

2. Meningkatkan kasih sayang

Apabila kita memeluk anak setiap hari tambahan pula pelukan seorang ibu, anak tahu kita menyayangi mereka. Kasih sayang yang dicurahkan melalui pelukan akan terus bercambah.

3. Mengurangkan rasa tertekan

Dengan memeluk anak, mereka akan tahu kita sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela.

4. Meningkatkan keyakinan diri

Anak yang selalu menerima pelukan ibu dan ayah akan lebih berkeyakinan dalam sebarang perkara yang ingin dilakukan.

Kesan Pelukan Ibu Bapa

5. Meningkatkan hormon gembira

Sama seperti orang dewasa, pelukan kasih sayang mampu meningkatkan hormon gembira dalam diri anak. Anak yang gembira akan lebih mudah belajar dan seronok melalui pengalaman baru setiap hari serta kurang meragam.

6. Menguatkan sistem imunisasi

Apabila anak tidak sihat, dia sangat perlukan pelukan kasih sayang daripada ibu dan ayah. Selain makan ubat, pelukan juga mampu menjadi ubat paling mujarab.

7. Merangsang perkembangan anak

Anak yang selalu dipeluk terutama bayi yang sedang melalui perkembangan pesat akan mudah belajar banyak perkara seperti cepat berjalan, bercakap dan bermacam-macam kebolehan lain. Itulah hebatnya kesan pelukan ibu bapa!

Kesan Pelukan Ibu Bapa

8. Mengawal emosi negatif

Anak yang cukup kasih sayang dan selalu dipeluk akan kurang meragam dan mudah mendengar cakap. Mereka juga lebih positif dan bijak menyesuaikan diri mengikut situasi.

9. Tenang

Pelukan juga boleh membantu anak berasa tenang dan selamat. Ini akan membantu si comel mendapat tidur yang mencukupi selain kurang meragam.

Dapat tak?

Hebat betul pelukan ibu bapa dalam mendidik anak tapi ramai yang abaikan.

Admin pun baru sedar kesan pelukan ibu bapa sangat kuat dan memberi impak positif untuk perkembangan anak-anak.

Mulai hari ini, admin berjanji kepada diri sendiri nak peluk anak setiap hari ­čÖé

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!