Anda Kesepian? Jangan Lama Sangat.. Boleh Mati Cepat!

Jangan main-main hidup kesepian boleh bawa mati! Bagi mereka yang memang hidup sebatang kara tiada orang tua atau adik beradik nak buat macam mana tetapi bagi mereka yang ada segalanya jangan biarkan hidup dalam kesepian.

Kajian terbaru menunjukkan mereka yang hidup kesepian mengurangkan kualiti hidup dan berisiko mati awal.

Hidup Kesepian Berisiko Mati Awal

LONDON 9 Ogos – Kajian terbaharu oleh pakar dari London mendapati hidup sendirian meningkatkan risiko kematian awal de­ngan ketara berbanding masalah obesiti.

Menurut portal Mail Online, penyelidikan sebelumnya telah me­ngaitkan kesepian dengan penurunan kadar kualiti hidup dan jangka hayat yang lebih pendek.

Hasil kajian pertama menunjukkan hubungan sosial mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 50 peratus.

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

Analisis kedua pula mendapati bahawa pengasingan sosial, kesepian dan hidup sendirian mempunyai kesan signifikan untuk mati sebelum waktunya selain melemahkan sistem imun seseorang.

Penemuan tersebut telah di­bentangkan dalam Kongres Persatuan Psikologi Amerika Ke-125 di Washington baru-baru ini yang mendapat perhatian ramai pakar kesihatan.

Kesepian

“Hubungan sosial dengan individu lain merupakan keperluan penting bagi kesejahteraan dan kelangsungan hidup manusia sejak bayi lagi. Pengasingan sosial atau hidup bersendirian telah digunakan sebagai satu bentuk hukuman.

“Bagaimanapun banyak nega­ra di seluruh dunia kini mengha­dapi ‘wabak kesepian’ akibat pe­­rubahan cara hidup.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja. No 4 Tak Ramai Yang Buat

“Dengan populasi penuaan yang semakin meningkat, kesan kesihatan awam akibat wabak baharu ini dijangka merosot malah lebih buruk daripada masalah obesiti,” jelas Pakar Kesihat Brig­ham Young University, Julianne Holt-Lunstad yang me­nge­tuai kajian tersebut.

Holt-Lunstad mencadangkan ke­mahiran sosial diajar di seko­lah dan doktor perlu sentiasa ber­ta­nya mengenai hubungan pesakit dengan rakan atau keluarga mereka ketika proses rawatan.

“Warga emas yang sudah bersara harus membuat jadual waktu untuk bersosial dan perancang bandar juga harus memastikan ruang bagi orang untuk berkumpul, seperti pusat rekreasi diwujudkan di setiap kawasan – Sumber

Salah satu punca mati awal adalah kesepian!

Jangan terus hidup menyediri, bagi yang bujang carilah pasangan hidup.

Kalau tak nak kahwin sekalipun, cubalah bersosial sikit ya 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!