10 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Membesarkan Anak, No. 10 Memang Sah!

Siapa tak sayang anak betul tak? Anak yang dikandung isteri selama 9 bulan lahir ke dunia adalah anugerah yang tak ternilai dengan kebendaan. Namun, masih ramai yang belum memiliki anak walaupun bermacam-macam cara digunakan. Bagi yang telah memiliki anak sendiri atau anak angkat jom kita baca kesilapan ibu bapa ketika membesarkan anak yang admin petik daripada Facebook Info Ibu Hamil.

10 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Membesarkan Anak

Jangan ingat kita dah bagus dalam mendidik anak. Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita ketika mendidik anak nampak macam bagus tetapi ianya adalah satu kesilapan!

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Sementara anak masih kecil, inilah masanya untuk ibu bapa memperbetulkan kesilapan mendidik anak. Kalau dah besar dah pandai menjawab memang susah nak bentuk lagi.

1. Jika Anak Dengan Sengaja Mengganggu Kita….. itu tandanya kita tidak memberi perhatian secukupnya atau kurang sentuhan kasih sayang. Anak bukan suka-suka mengganggu ibu bapa tambahan pula jika sedang bermain, jika berlaku pasti ada yang tak kena di situ.

2. Jika Anak Berbohong….. itu tandanya hukuman/tindakan kita terlalu keras untuk kesilapan yang dilakukan anak. Sesetengah ibu bapa terlalu cepat menghukum anak. Tangan tu cepat sangat naik sampai lebam tangan budak kena cubit.

Mesti Baca: 6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Bekerja

kesilapan ibu bapa ketika membesarkan anak

3. Jika Anak Memiliki “Self-Esteem” Yang Rendah…… “Self-Esteem” adalah sifat yang menggambarkan diri kita, maruah, jati diri, emosi dan pendek katanya apa-apa yang berkenaan diri kita.

Jika anak memiliki sikap merendah diri yang terlampau atau kurang keyakinan diri itu menunjukkan ibu bapa lebih banyak memberi nasihat (membebel) daripada memberi pertolongan.

4. Jika Anak Telah Memiliki Segalanya Tetapi Masih Mengambil Hak Orang Lain…… itu tandanya kita tidak memberi anak ruang untuk memilih.

5. Jika Anak Bersikap Cemburu…… itu tandanya kita selalu membandingkan mereka dengan anak orang lain

6. Jika Anak Menjadi Penakut…… itu tandanya kita cepat sangat membantu ketika mereka sedang menghadapi cabaran/kesukaran.

7. Jika Anak Cepat Marah…… itu tandanya kita tidak cukup memuji dan menghargai apabila anak berkelakuan baik.

Mesti Baca: Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak Lebih Hebat!

kesilapan ibu bapa ketika membesarkan anak

8. Jika Anak Tidak Menghormati Perasaan Orang Lain…… itu tandanya kita selalu memerintah mereka seperti boss dan tidak mempedulikan perasaan anak.

9. Jika Anak Menjadi Perahsia/Pendiam…… itu tandanya kita selalu membesarkan perkara-perkara yang melibatkan anak.

10. Jika Anak Bersikap Biadap…… itu tandanya kita juga bersikap biadap atau mereka belajar daripada kelakuan biadap orang sekeling mereka.

Membesarkan anak bukan perkara mudah tambahan pula dalam zaman serba canggih. Mereka cepat belajar dengan apa yang ditonton di TV, internet dan sebagainya.

Jika anak masih kecil, belum terlambat untuk memperbaiki kesilapan ibu bapa ketika membesarkan anak.

Admin sendiri pun ada dua anak, yang tua dah nak masuk darjah satu. Banyak nak diperbetulkan juga.

Jom berubah 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!