Kiraan Mata Badminton Tukar Lagi

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) mahu memperkenalkan sistem kiraan mata baru iaitu kepada 11 mata berbanding 21 mata dalam sukan badminton kerana yakin ianya akan menjadikan sukan badminton lebih tangkas serta corak permainan yang pantas.

BWF menyangkal dakwaan sistem kiraan mata baru itu akan memberi kelebihan kepada pemain-pemain yang sudah berusia seperti Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) dan Lin Dan (China) kerana tempoh permainan menjadi lebih pendek selain memberi ruang untuk mereka mengekalkan tahap kecergasan sepanjang perlawanan berlangsung.

Kiraan MataPresiden PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen berkata, belum ada sebarang kajian yang menyatakan kiraan 11 mata itu mampu memberi kelebihan kepada pemain berusia dan berpengalaman.

“Sebenarnya, pemain perlu lebih cergas dan pantas di atas gelanggang sekiranya sistem ini dilaksanakan. Ia juga memerlukan kekuatan mental yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila beraksi (merebut) mata penentuan.”

Sistem kiraan 11 mata pernah diuji oleh Persatuan Badminton Malaysia ketika menganjurkan Kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Bawah 19 Tahun di Terengganu pada September lalu dan di pentas Grand Prix Taiwan Masters yang diadakan di Taiwan pada Oktober lepas.

Sebelum ini, Chong Wei pernah menyatakan sistem kiraan mata baru itu bakal memberi kelebihan buat pemain-pemain yang memiliki kemahiran tinggi mengawal gelanggang seperti beliau dan Lin Dan.

Jika sistem kiraan mata baru ini menjadi kenyataan memang dilihat memberi kelebihan kepada pemain berusia kerana tempoh permainan lebih singkat tidak akan memenatkan mereka.

Mungkin Datuk Lee Chong Wei masih boleh beraksi Olimpik dan Piala Thomas akan datang?

Baca Juga: Gol Faiz Subri Setaraf Messi, Neymar. Jom Undi Puskas

Leave a Reply

error: Content is protected !!