Kita Makan Sayur Gred B Cameron Highlands?

Sedar tak selama ni kita makan sayur gred B dari Cameron Highlands? Admin pun baru sedar dan terfikir selepas baca kenyataan daripada salah seorang pemimpin Persatuan Pekebun Cameron Highlands, Datuk Syed Abdul Rahman Syed Abdul Rashid.

“Beberapa pengeluar sayur-sayuran di pusat peranginan tanah tinggi popular itu dianggarkan memperoleh pendapatan sehingga RM1 juta sehari hasil jualan yang dieksport ke beberapa buah negara, kata beliau.”

Le­bih 20 peratus daripada pengeluaran sayur-sayuran yang dihasilkan dari kebun-kebun di sekitar kawasan tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang dieksport ke negara jiran Singapura pada setiap hari yang mendapat permintaan tinggi sekali gus menguntungkan pengusaha sayur-sayuran itu.

Sayur-sayuran yang dihantar ke negara Singapura itu dengan menggunakan lori adalah terdiri daripada sayur-sayuran jenis gred A yang berkualiti tinggi berbanding gred B yang dijual di pasaran tempatan -Sumber Kosmo! Online.

Mesti Baca: JAKIM: Biskut Sembahyang Orang Cina Halal

Pengalaman admin sendiri banyak kali beli sayur-sayuran di Cameron Highlands memang tak nafikan sayur-sayuran dari sana nampak segar tapi rupa-rupanya sayur gred B ya?

Nampaknya orang Singapura juga yang untung sebab makan sayur gred A 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!