Menu

Koleksi Lawak Jamal Sekinchan 2016

Pada pendapat admin, Datuk Seri Jamal Md Yunos atau nama glamornya “Jamal Sekinchan”, “Jamal Pak Tongkol” atau “Jamal Jamban” adalah manusia paling kontroversi dan paling kelakar di Malaysia sepanjang 2016. Jom kita baca Koleksi Lawak Jamal Sekinchan 2016. Jangan marah 🙂

Harith Iskander yang menang pertandingan Raja Lawak Dunia tahun ni pun belum cukup kelakar lagi. Jamal lagi kelakar. Mungkin beliau boleh masuk pertandingan Raja Lawak Dunia 2017.

Baca Juga: Harith Iskander Manusia Paling Lawak Dunia 2016

Jamal Sekinchan Nak Tumpang Mandi Pejabat Menteri Besar Selangor

Aksi Jamal Sekinchan bertuala bersama peralatan mandi (berus gigi terselit di telinga) di hadapan pintu pagar bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 Disember lalu adalah aksi paling kelakar Jamal 2016 pilihan admin.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar membuat kejutan dengan tampil seksi tapi bermuka bengis (marah sangat tu) datang untuk menumpang mandi di bilik pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di bangunan tersebut. Katanya dah empat hari tak mandi air di rumah tiada.

Marah sungguh dia hari tu. Bergegar pintu pagar tak dapat tumpang mandi. Katanya salah kerajaan negeri Selangor air tiada tapi mungkin dia terlepas berita atau sengaja buat bodoh sombong yang TNB membuat kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik yang menjejaskan loji-loji rawatan air utama di Selangor.

Jamal Sekinchan

Tapi dalam marah dia tu ianya menjadi gelak ketawa rakyat Malaysia. Tak tahu nak kata apa. Memang dia bodoh atau suka orang nampak dia bodoh? buat lawak? mungkin atas sokongan kuat keluarga.

Bagi penyokong Jamal Jamban, ini satu bentuk protes terhadap kerajaan negeri Selangor berkaitan isu gangguan bekalan air dan kononnya beliau membawa suara rakyat Selangor.

Bagi admin pula, Jamal Sekinchan sekadar meraih populariti murahan untuk menarik perhatian orang atasan UMNO saja tak lebih daripada itu.

Ratu Naga Mandi Air Najis Depan Rumah Jamal Sekinchan

Habis je insiden pakai tuala nak tumpang mandi, kecoh pula depan rumah Jamal Yunos beberapa kemudian. Kali ni melibatkan Syarul Ema Rena atau “Ratu Naga” dimandikan dengan air najis di hadapan rumah Jamal.

Sekali lagi, rakyat Malaysia pecah perut tengok gelagat mereka.

jamal sekinchan

Ratu Naga pun satu hal Jamal Jamban tengah marah tak mandi dekat lima hari pergi bawa sebotol air konon nak mandikan Jamal memang sengaja cari penyakit. Mahu tak angin si Jamal.

Katanya, jiran-jiran Jamal Pak Tongkol yang simbah Ratu Naga dengan air najis dan tepung. Sayang sungguh jiran Jamal. Baik pergi mandikan Jamal tu tak payah sampai bertuala nak pergi mandi pejabat orang 🙂

Jamal Sekinchan Buat Sidang Media Dalam Tandas

Mungkin sebab ini melekat nama Jamal Jamban kot. Kejadian ni berlaku Oktober 2016 yang mana Jamal  ‘mengheret’ petugas media untuk mengadakan sidang media di dalam tandas di bangunan Umno Selangor.

Ha..ha..ha..ha..ha..ha..

jamal sekinchan

Admin nak gelak je. Sidang media ‘pelik’ itu diadakan bagi menyaksikan secara langsung Jamal mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.

Mungkin ini kali pertama di Malaysia wartawan diajak masuk ke tandas untuk bertemu ramah. Sudahnya melekat nama Jamal Jamban.

Jamal Sekinchan Kena Tumbuk Berdarah Hidung

Insiden ni berlaku pada 13 November semasa Jamal dan Geng Baju Merah pimpinan beliau bertembung dengan kumpulan yang memakai baju kuning dipercayai Bersih.

Kekecohan dikatakan berlaku akibat pertembungan dua kumpulan itu sebelum Jamal diserang dan ditumbuk.

Akibat serangan itu, Jamal cedera di muka dan hidungnya berdarah sebelum kekecohan itu dileraikan beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian.

jamal sekinchan

Sekejap kata polis tumbuk, sekejap kata kumpulan Bersih tumbuk, sekejap kata Zuraida ahli parlimen Ampang tumbuk. Tak tahu mana satu.

Rasanya semua orang kat situ nak tumbuk Jamal kot 🙂

Nasib baik kena tumbuk je kalau kena pijak? Ada video Jamal kebal pukul dengan kayu sampai patah tapi kena tumbuk sikit dah kecoh.

Baca Juga: Cara Buat Duit Dengan Adsense

Sekin Fisherman Hotel & Resort Milik Jamal Kena Sita. Selamba Je Buka Balik

Selepas buat kecoh bertuala nak mandi pejabat Dato Azmin Ali, malang menimpa Jamal Sekinchan apabila resort miliknya di Pekan Sekinchan disita Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada 22 Disember kerana beroperasi tanpa lesen.

Jamal angin lagi. Katanya penutupan resort beliau bermotif politik dan dendam selepas buat kecoh nak mandi pejabat Menteri Besar.

jamal sekinchan

Adoiiii… dah operasi tanpa lesen memang mendapatlah. Itu pun nak salahkan orang lain lagi.

Tapi dengan selambanya Jamal Sekinchan buka balik resort tu dengan memotong pita pelekat dipasang oleh penguat kuasa MDSB dan mengoyak notis arahan penutupan yang ditampal di pintu masuk resortnya. Peduli apa katanya. Ini baru betul gangster kalah Malik Kl Gangster.

Jamal Serbu Pusat Permainan Judi Di Pekan Sekinchan

Polis dan pihak berkuasa lain dah boleh cari kerja lain lepas ni sebab Jamal dan geng Baju Merah dah cukup nak buat kerja pihak berkuasa ni.

Sekali lagi, dengan kuasa power rangersnya Jamal menyerbu pusat permainan judi di Pekan Sekinchan pada 23 Disember sehingga menyebabkan penjaga pusat itu dan beberapa pelanggan mereka bertempiaran lari.

Tindakan itu dipercayai dibuat Jamal kerana rasa tidak puas hati terhadap resortnya yang ditutup pihak berkuasa pada 22 Disember.

Jamal telah memalukan pihak berkuasa kerana ini menunjukkan dia lagi hebat dan berani membanteras permainan judi. Yang ni admin angkat tabik – Sumber artikel diolah daripada Sinar Harian Online.

 

Cukuplah setakat ni. Sebenarnya ada banyak lagi aksi Jamal Jamban ni terutama dengan Geng Baju Merah menentang Geng Bersih.

Jamal ni buka ikan bakar bungkus, resort bungkus apa lagi tapi yang nampak salah orang lain tapi tak tengok salah sendiri.

Kita tengok pula apa lagi aksi Jamal Sekinchan tahun 2017 pula.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!