Menu

Kompaun Memandu Tanpa Lesen Dikurangkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini berkata kompaun memandu tanpa lesen dikurangkan daripada RM300 secara berperingkat kepada pesalah jalan raya. Kesalahan ini merangkumi penunggang yang ditahan memandu dengan lesen tamat tempoh.

Pengurangan kompaun daripada jumlah maksimum RM300 itu ditawarkan secara berperingkat kepada pemandu kenderaan dan juga penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan melibatkan lesen memandu.

Kompaun Memandu Tanpa Lesen Dikurangkan

“Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

“Sekiranya pesalah jalan raya menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kadar pengurangan bayaran akan ditawarkan kepada mereka,”

Menurut JPJ lagi, bagi motosikal, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun ditawarkan sebanyak RM100, 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250).

Baca Juga: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

Pesalah jalan raya yang memandu dan menunggang tanpa lesen atau lesen tamat tempoh boleh menggunakan peluang ini untuk menjelaskan saman tertunggak.

Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tempat masing-masing untuk maklumat lanjut berkenaan kompaun memandu tanpa lesen dikurangkan ini.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!