Menu

Kos Bayaran Haji Kekal RM9,980

Kos bayaran haji kekal pada harga RM9,980 untuk musim haji tahun depan menurut Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Keputusan kos bayaran haji kekal tersebut dibuat untuk tidak membebankan bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji musim depan.

Ini adalah kerana subsidi bagi menampung kos bayaran menunaikan haji dikekalkan oleh Tabung Haji iaitu lebih RM160 juta.

Kos Bayaran Haji Tanpa Subsidi Adalah Sebanyak RM18,890 Seorang

Kos Bayaran Haji

Tujuan Tabung Haji menanggung subsidi bagi kos bayaran haji adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka kepada bakal jemaah haji. Selain meringakan beban kewangan bakal jemaah haji, mereka juga akan mendapat pelbagai kemudahan untuk menunaikan haji dengan selesa.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap pendeposit akan terus memberi kepercayaan kepada Tabung Haji dan tidak mendengar khabar angin yang tidak berasas sejak akhir-akhir ini bagi menjatuhkan imej dan kemampuan Tabung Haji dalam menguruskan wang pendeposit.

Alhamdulillah kerana kos bayaran haji tidak naik dan masih kekal RM9,980. Bakal jemaah haji musim depan tidak perlu bimbang lagi dengan khabar angin bayaran menunaikan haji akan naik.

Dapatkan maklumat sahih sebelum membuat keputusan mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji kerana ianya akan merugikan anda terutama aspek giliran menunaikan haji.

Tabung Haji pun hendaklah telus dan amanah dalam menjaga wang pendeposit. Pelaburan yang di buat membabitkan wang pendeposit Tabung Haji hendaklah diteliti dengan baik supaya tidak merugikan kedua-dua pihak.

Baca Juga: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!