Berapa Kos Pilihan Raya Kecil? Terkini PRK Port Dickson Pula…

Pasca PRU14 yang dimenangi Pakatan Harapan kita telah melalui dua Pilihan Raya Keci (PRK) kerana kematian penyandangnya. Terkini, kita akan dihidangkan sekali lagi dengan PRK Port Dickson pula yang berlaku bukan kerana kematian penyandang tetapi untuk memberi laluan kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim bertanding menjadi ahli parlimen, jika menang ianya merintis laluan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 selepas Tun Dr Mahathir. Tertanya-tanya juga berapa kos Pilihan Raya Kecil? Jika dibuat kerana kematian penyandang tidak mengapa tetapi PRK Port Dickson dibuat hanya untuk mengangkat Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi ahli parlimen?

Pada pendapat admin, kalau sesebuah parti mahu melakukan PRK BUKAN atas dasar kematian penyandangnya atau sebab lain yang menjadikan penyandang hilang kelayakan, kos pilihan raya kecil tersebut mesti ditanggung oleh parti tersebut.

Kos Pilihan Raya Kecil

Sebabnya, PRK tersebut dilakukan atas dasar kepentingan parti bukan kehendak rakyat. Semasa PRU14, rakyat telah memilih wakil rakay mereka dan tiba-tiba wakil rakyat tersebut meletak jawatan untuk memberikan laluan kepada orang lain, ianya ibarat mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh pengundi mereka.

Mesti Baca: Temperature Kereta Naik? Apa Nak Buat?

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

TIADA alasan kukuh untuk meletak jawatan! Sepatutnya parti yang buat PRK “suka-suka” ini tanggung sendiri kos Pilihan Raya Kecil. Setuju tak?

Berapa Kos Pilihan Raya Kecil? Terkini PRK Port Dickson Pula…

Hasil carian admin melalui internet terjumpa sebuah artikel daripada mstar.com yang memberikan fakta kos Pilihan Raya Kecil yang telah berlangsung sejak PRU12.

Berbagai-bagai PRK telah dilalui dan jumlah kos PRK jika dihitung kesemuanya boleh mencecah sehingga berpuluh juta! Jom kita tengok di antara kos PIlihan Raya Kecil yang telah berlangsung selama ini.

PECAHAN KOS KENDALI LIMA PILIHAN RAYA KECIL

Suruhanjaya Pilihan Raya: (Kira-kira 2.6 juta)

  • Permatang Pauh (Parlimen) : RM500,000

  • Kuala Terengganu (Parlimen) : RM600,000

  • Bukit Gantang (Parlimen) : RM600,000

  • Bukit Selambau (DUN) : RM400,000

  • Batang Ai (DUN) : RM500,000

  • Penanti (DUN) : Dianggarkan RM300,000

Polis Diraja Malaysia: (kira-kira RM31 juta)

  • Permatang Pauh (Parlimen) : RM2.5 juta

  • Kuala Terengganu (Parlimen) : RM11.5 juta

  • Bukit Gantang (Parlimen) : RM7 juta

  • Bukit Selambau (DUN) : RM5 juta

  • Batang Ai (DUN) : RM5 juta

  • Penanti (DUN) : ????

SEBAB DIADAKAN, SIAPA MENANG

  • Permatang Pauh, Pulau Pinang (Dikosongkan, dimenangi PKR)

  • Kuala Terengganu, Terengganu (Kematian, dimenangi PAS)

  • Bukit Gantang, Perak (Kematian, dimenangi PAS)

  • Bukit Selambau, Kedah (Dikosongkan, dimenangi PKR)

  • Batang Ai, Sarawak (Kematian, dimenangi BN)

  • Penanti, Pulau Pinang (Dikosongkan, ???)

Kalau nak baca artikel penuh mstar.com berkenaan kos Pilihan Raya Kecil baca di sini Kos 5 pilihan raya kecil cecah jutaan ringgit

Sebagai rakyat biasa, kita tengok sahaja apa permainan orang politik. Kadang-kadang mereka suka mempermainkan amanah pengundi kerana berebut kuasa.

Sebagai contoh, mengosongkan kerusi sesuka hati untuk memberikan laluan kepada orang lain pula, lepas itu buat PRK. Kerajaan yang menanggung kos Pilihan Raya Kecil tersebut, kalau parti yang tanggung tak mengapalah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!