Menu

Kos Sara Hidup Malaysia Terendah Dalam ASEAN

Kos sara hidup Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.

Kos Sara Hidup Malaysia Terendah Dalam ASEAN, PM Anggap Tugas Belum Selesai

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai, ” katanya menerusi catatan blog najibrazak.com bertajuk Ucapan Perdana Menteri Mengenai Taraf Hidup Rakyat.

Kos Sara Hidup Malaysia

Beliau berkata, isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

“Banyak usaha yang telah kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup. Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), usaha perangi orang tengah dan sebagainya,” katanya.

Mesti Baca: Walaupun PRU 14 Esok, PM Yakin Menang

Perdana menteri berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program latihan dan pendidikan menerusi Tekun Nasional, Tranformasi Kedai Runcit (Tukar), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Skim Permulaan Ekonomi Bumiputera (Superb), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dana Usahawan Muda, e-Reseki dan Dana Mudahcara.

Dari segi pengawalan kos pula, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia.

“Saya benar-benar mengharap program-program ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana perkara inilah yang saya usahakan pada setiap hari sebagai perdana menteri,” katanya. – Sumber

Admin rasa semua dah biasa dengar soal perbandingan ini betul tak?

Harga minyak mahal atau murah nak bandingkan dengan negara lain..

Kos Sara hidup Malaysia pun nak bandingkan dengan negara lain..

Siapa yang peduli semua itu betul tak?

Apa yang pasti nilai duit memang semakin mengecil, nak atau tak nak kita mesti cari jalan untuk tambah pendapatan.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!