Lebih 100 Pasangan Bercerai Setiap Hari 2016

Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 101 pasangan bercerai setiap hari pada tahun lepas. Ianya menjadikan jumlah penceraian sebanyak 36,732 pasangan di seluruh negara bagi tahun 2016.

Statistik pasangan yang mendaftarkan perceraian sejak 2012 amat membimbangkan termasuk di Pahang yang mana berlaku peningkatan kes pasangan bercerai sebanyak 92 kes pada 2015.

Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

Fakta pasangan bercerai yang semakin meningkat setiap tahun ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

”Setiap bakal pengantin perlu mengambil maklum apa juga faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian. Saya ingin tekankan bahawa tiga perkara utama kekuatan pembinaan keluarga bahagia.

”Sakinah, Mawaddah dan Rahmah iaitu keharmonian, kasih sayang dan belas ihsan kerana ajaran Islam amat mementingkan institusi kekeluargaan,” kata Perdana Menteri – Sumber Utusan Online

pasangan bercerai

Punca Pasangan Bercerai Menurut Kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Tiada persefahaman – 56.2%
  • Suami tidak bertanggungjawab – 15.2%
  • Isteri curang – 11.8%

Kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapati keba­nyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir de­ngan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah. Baca artikel penuh: Kes Perceraian Semakin Meningkat

Statistik pasangan bercerai setiap hari semakin meningkat menunjukkan betapa institusi kekeluargaan semakin hari semakin lemah.

Di mana silapnya?

Sedih bukan 🙁

Leave a Reply

error: Content is protected !!