Menu

Lebih 4 Juta Belum Daftar Mengundi Walaupun Layak

Admin terbaca di Harian Metro Online hari ni ada 4.1 juta belum daftar mengundi sehingga Februari 2017 walaupun mereka layak. Emmmm….

Sembang kencang di Facebook, Whatsapp, hentam sana sini, kerajaan tak guna, pembangkang tak boleh pakai tapi reallitinya berjuta orang yang belum daftar mengundi walaupun dah layak.

Majoriti yang belum daftar mengundi terdiri daripada golongan muda sekitar 21 tahun. Golongan inilah yang paling lantang bersuara dan meluahkan perasaan kecewa di laman sosial. Tapi… mereka ini juga yang kuat berkokok di laman sosial saja..

Buat apa berkokok kuat, hentam kerajaan, hentam pembangkang tapi tak terjemahkan di atas kertas undi. Pilihanraya adalah masanya anda tunjukkan kuasa memilih kerajaan yang anda mahu.

Statistik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menunjukkan kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Sebab golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi antaranya mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.

belum daftar mengundi

SPR mula menggerakkan kempen selama tiga bulan untuk mendekati rakyat yang belum daftar mengundi sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.

SPR akan memberi tumpuan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar utama.

Belum Daftar Mengundi Satu Hal, Yang Berdaftar Tak Datang Mengundi Pula

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai sehingga 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus.

Contoh terdekat, Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi, selebihnya tak tahu hilang ke mana – Sumber 

Admin lihat rancak di laman sosial orang ramai saling menghentam kerajaan atau pembangkang, golongan muda paling ramai.

Tapi….. golongan inilah yang paling ramai belum daftar mengundi. Ruginya…..

Masih ada masa lagi sebelum PRU14 ni…

Cepat daftar sebagai pengundi dan kita sama-sama tunjukkan kuasa kita menentukan kerajaan yang kita nak.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!