Lebih Sejuta Penunggang Motosikal Tanpa Lesen

Terdapat lebih sejuta penunggang motosikal tanpa lesen di negara ini menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Timbalan Menteri Pengangkutan,  Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kementeriannya menganggarkan 1.2 juta  penunggang motosikal tanpa lesen adalah antara 8 hingga 10 peratus daripada 15 juta penduduk negara ini yang layak memiliki lesen.

Mengikut data Kementerian Pengangkutan Malaysia, hanya 7.6 juta penduduk yang mempunyai lesen motosikal dan ini bermakna lebih kurang 50 peratus mereka yang berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen motosikal (Kelas B2).

Lebih Sejuta Penunggang Motosikal Tanpa Lesen

Punca Lebih Sejuta Penunggang Motosikal Tanpa Lesen

Di antara punca lebih sejuta penunggang motosikal tanpa lesen adalah sistem pengambilan lesen yang menyusahkan serta kos yang tinggi untuk mengambil lesen menunggang motosikal, kelas B2.

Menurut kajian pihak berwajib, sikap dan kurangnya tahap kesedaran tentang bahaya menunggang tanpa lesen dan kepentingan keselamatan diri semasa di jalan raya menjadi punca penunggang mengambil ringan soal kepentingan memiliki lesen menunggang motor yang sah.

Kerajaan menetapkan kawalan harga siling untuk memiliki lesen menunggang motosikal, oleh itu, kos mengambil lesen bukan faktor utama golongan remaja terutama pelajar menunggang tanpa lesen.

Menunggang motosikal biasanya dikaitkan dengan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos minyak yang lebih murah daripada memandu kereta.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga minyak masak, petrol dan diesel menyebabkan sesetengah keluarga tidak mampu untuk mengambil lesen yang mana kos tersebut dirasakan mahal dan membebankan.

Apa pun alasan lebih sejuta penunggang motosikal tanpa lesen adalah jumlah angka yang agak besar. Penunggang motosikal dinasihatkan cuba memiliki lesen menunggang motosikal yang sah kerana risiko dan bahaya menunggang tanpa lesen.

Baca Juga: Harga Gas Memasak LPG Tidak Naik

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!