Menu

Liga Malaysia 2017: Bukan Kelantan Saja. Perlis Pun Nak Tarik Diri

Perlis Pun Nak Tarik Diri Liga M 2017. Itulah perkhabaran terkini sebelum bermula Liga Malaysia 2017. Selepas DRB-Hicom sah menarik diri saingan liga musim depan, Kelantan pula berdepan masalah kewangan kronik yang meruncing dan dijangka menarik diri daripada aksi liga, Perlis pun bakal menurut.

Kenyataan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abdul Rahman yang mendedahkan beliau sudah tidak mampu lagi untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menguruskan skuad Singa Utara itu menguatkan khabar Perlis tidak akan beraksi musim depan.

 Liga Malaysia 2017

“Sehingga kini, masih belum ada lagi pihak yang sudi menaja Perlis pada musim depan. Jika mahu Perlis terus kekal dalam Liga Malaysia 2017 kami memerlukan dana sekurang-kurangnya RM8 juta.

“Secara peribadi, saya telah menanggung sendiri perbelanjaan PFA selain bantuan kerajaan Persekutuan RM1.5 juta kepada persatuan tetapi ia masih belum mampu untuk menguruskan kos keseluruhan pasukan ini.

“Cukup berat keputusan ini tetapi jika kami masih diheret dengan masalah kewangan pada musim depan, adalah lebih baik tarik diri sahaja daripada menyusahkan mana-mana pihak. PFA memerlukan penaja untuk terus kekal pada musim depan, kata Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Baca Juga: Red Warriors Tarik Diri Liga Super Musim Depan?

Sehubungan itu, Datuk Rozabil Abdul Rahman juga bersedia melepaskan jawatan Presiden PFA andainya masih gagal mendapat tajaan untuk Perlis beraksi musim depan – Sumber Kosmo Online

Apalah nak jadi kepada bola sepak Malaysia. Seperti kata TMJ, kelemahan pengurusan adalah penyebab utama dan admin sangat setuju.

Diberi 1 bilion pun jika pengurusan tunggang-langgang, ketirisan sana sini, usahkan nak menang Liga Malaysia nak menang liga daerah pun belum tentu.

Liga Malaysia 2017 belum lagi bermula dah macam-macam cerita tak menarik muncul tapi mungkin akan ada penyelamat saat akhir untuk Kelantan dan Perlis? Kita tunggu je 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!