Liga Sepanyol Tanpa Barcelona Selepas Oktober 2017?

Liga Sepanyol Tanpa Barcelona Selepas Oktober 2017? Khabar angin pasukan Barcelona akan keluar daripada Liga Sepanyol atau La Liga bukannya baru. Terkini, Parlimen Catalan telah merancang untuk mengadakan referendum pada 1 Oktober 2017 ini bagi memisahkan wilayah itu daripada Sepanyol walaupun mahkamah negara tersebut telah menyekat rancangan itu.

Bayangkan La Liga tanpa Barcelona? mesti kurang menarik kerana tiada lagi pertembungan “El Clasico” dengan musuh ketat mereka Real Madrid yang penuh dramatik.

Bukan Barcelona sahaja keluar daripada Liga Sepanyol tetapi membawa bersama pasukan Espanyol jika rancangan ini menjadi kenyataan!

Tetapi, ini sepatutnya menjadi berita baik kepada pasukan Real Madrid kerana kurang saingan untuk merebut kejuaraan liga betul tak? Pasukan yang nampak mencabar pun Atletico Madrid tetapi pasukan ini tidak konsisten untuk mencabar kejuaraan.

Bagi admin, tak menarik La Liga tanpa Barcelona.

Liga Sepanyol Tanpa Barcelona Selepas Oktober 2017?

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui, dia tidak dapat membayangkan Barcelona meninggalkan saingan La Liga seandainya Catalonia mencapai kemerdekaan.

Parlimen Catalan telah merancang untuk mengadakan referendum pada 1 Oktober ini bagi memisahkan wilayah itu dari Sepanyol walaupun mahkamah negara tersebut telah menyekat rancangan itu.

Sekiranya perkara tersebut berjaya dilaksanakan, Barcelona dan Espanyol berkemungkinan besar akan beraksi dalam Liga Perancis iaitu Ligue 1.

Mesti Baca: Cuti Awal Muharam 2017 Tukar Daripada 21 Ke 22 September

Liga Sepanyol Tanpa Barcelona Selepas Oktober 2017

Bagaimanapun, Zidane berasakan ia akan menggugat taraf persaingan La Liga dan legenda Perancis itu tidak dapat membayangkan Barcelona tidak beraksi di Sepanyol.

“Saya tidak boleh melihat Liga Sepanyol tanpa Barcelona. Itu sahaja yang dapat saya katakan sebagai peminat bola sepak.

“Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini kerana terdapat pihak yang mahu dan tidak mahu perkara ini dilaksanakan, saya cuma mahu memberitahu bahawa saya tidak dapat melihat Liga Sepanyol tanpa mereka,” katanya. – Sumber

Jika referendum oleh Parlimen Catalan pada 1 Oktober 2017 ini bagi memisahkan Catalan daripada Sepanyol berjaya dilaksanakan, ini tahun terakhir kita melihat pasukan Barcelona dalam Liga Sepayol.

Tiada lagi pertembungan Real Madrid-Barcelona dan Cristiano Ronaldo-Lionel Messi.

Liga Sepanyol tanpa Barcelona selepas Oktober 2017? Tak syok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!