Lintasan Pejalan Kaki 3D Popularkan Kuala Nerus

Beberapa hari ini admin sering terbaca di Facebook dan Whatsapp terdapat lintasan pejalan kaki 3D di Kuala Nerus, Terengganu.

Ianya menjadi tular dalam masa singkat kerana tiada lagi jalan raya seumpama itu di Terengganu. Pasti ianya akan menjadi tarikan baru pelancong ke Kuala Nerus nanti.

Lintasan Pejalan Kaki 3D Popularkan Kuala Nerus

Kewujudan lintasan pejalan kaki tiga dimensi (3D) di perkarangan medan selera berkonsep kabin, Dapo Pata, Tok Jembal di sini sejak kelmarin mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan pelancong.

Mesti Baca: No. Plat “Rimau” Sempena Sukan SEA 2017

Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd. Jalil berkata, lintasan pejalan kaki 3D itu merupakan tarikan pelancongan terbaharu yang mahu diperkenalkan di daerah berkenaan.

Lintasan Pejalan Kaki 3D

“Ia merupakan inisiatif Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus untuk meningkatkan daya penarik di kalangan pelancong ke daerah ini.

“Lokasi Dapo Pata dipilih kerana ia merupakan antara kawasan tumpuan pelancong di Kuala Nerus dan kita galakkan mereka bergambar dengan lintasan penjalan kaki 3D yang pertama di Terengganu tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini hari ini – Sumber

Memang lintasan pejalan kaki 3D seperti ini boleh menjadi salah satu tarikan pelancong.

Berpusu-pusu orang bergambar nanti, jangan ada yang kemalangan pula kerana terkejut ketika memandu melalui jalan 3D ini

Admin pun harap negeri admin, Pahang pun akan ada tak lama lagi atau mungkin dah ada tak perasan agaknya 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!