Tahu Tak Gambar Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2017?

Lebih kurang seminggu sahaja lagi rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan iaitu pada 31 Ogos 2017. Ada yang masih tak tahu ke gambar logo dan tema Hari Kebangsaan 2017?

Gambar logo dan tema Hari Kebangsaan 2017 telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017.

Kerajaan memilih tema Negaraku Sehati Sejiwa bagi menunjukkan kepentingan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia hidup bersatu padu, menghormati, menyayangi dan bertoleransi untuk mencapai matlamat menjadi negara maju yang aman dan stabil.

Gambar Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan atau ada juga yang menyebut Hari Kemerdekaan akan menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka dengan membawa konsep Stadium Merdeka untuk mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan negara pada 1957.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Menariknya, setiap susun atur dan kedudukan juga akan dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang akan diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter.

Tema Hari Kebangsaan 2017

Gambar Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2017

Sebanyak 12 acara utama berlangsung sempena menyambut Hari Kebangsaan 2017 dan Hari Malaysia 2017 seperti Kayuhan Merdeka, Doa Untuk Malaysia, Ambang Merdeka dan Karnival Hari Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia adalah pada 16 September 2017 yang akan disambut di Kota Kinabalu, Sabah. Hari Malaysia adalah hari yang menyatukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia seperti pada hari ini.

Lagu tema sambutan tahun ini iaitu, Malaysia Sehati Sejiwa sekali lagi dijadikan sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kebangsan 2017 yang mana lagu tersebut pernah dipilih sebagai lagu tema Hari Kebangsaan 2015.

Hari Kebangsaan 2017 hampir seminggu sahaja lagi iaitu pada hari Khamis minggu hadapan.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, ambil tahu sedikit sekurang-kurangnya apa gambar logo dan tema Hari Kebangsaan 2017.

Lagi baik kalau ada yang kibarkan bendera Malaysia di rumah atau kenderaan masing-masing tetapi fenomena itu semakin menghilang betul tak?

Leave a Reply

error: Content is protected !!