6 Lokasi Menarik Sambut Tahun Baru 2019

Sekejap sahaja masa, dalam tidak sedar tahun 2018 semakin hampir melabuhkan tirainya. Tidak sampai 48 jam lagi kita akan menyambut kedatangan 2019. Di mana nak sambut tahun baru 2019? Ada cadangan lokasi menarik sambut tahun baru terutama di sekitar Kuala Lumpur?

Bagi warga kota Kuala Lumpur dan sekitarnya, mereka mempunyai banyak lokasi menarik sambut tahun baru dengan disajikan pelbagai acara menarik dan acara kemuncaknya sudah pasti pesta bunga api yang memukau.

Jika berkesempatan bolehlah berkunjung ke pusat bandar raya Kuala Lumpur untuk menyaksikan pesta sambut tahun baru yang sangat meriah.

Pendek kata, sambutan tahun baru diraikan di semua bandar di Malaysia tidak kira di mana-mana sahaja. Bandar kecil atau besar semuanya menyambut kedatangan tahun baru 2019, selain acara hiburan, solat hajat juga ada dianjurkan masjid-masjid.

Senarai 6 Lokasi Menarik Sambut Tahun Baru 2019

Banyak tempat menarik yang boleh kita pergi untuk menyambut ambang tahun baru 2019 nanti. Selain di pusat bandar raya Kuala Lumpur, bandar-bandar sekitarnya juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah.

1. Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

KLCC boleh dikataka tempat wajib selain Dataran Merdeka untuk menyambut kedatangan tahun baru setiap tahun. Sambutan di KLCC biasanya sangat meriah dengan bermacam-macam acara untuk menyambut kedatangan tahun baru dan diakhiri dengan tembakan bunga api yang meriah.

Bagi yang tinggal berdekatan Kuala Lumpur bolehlah pergi ke KLCC dan mengalami keseronokan sambutan tahun baru 2019 di sana.

lokasi menarik sambut tahun baru

2. Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Ini pun lokasi wajib untuk sambut tahun baru 2019 di Kuala Lumpur. Ianya berdekatan dengan KLCC. Jadi, anda boleh pilih untuk sambut di KLCC atau Dataran Merdeka. Kalau jalan nak ke KLCC sesak teruk bolehlah pilih Dataran Merdeka sebagai lokasi alternatif untuk sambut tahun baru nanti.

lokasi menarik sambut tahun baru

3. I-City, Shah Alam

I-City yang terletak di bandaraya Shah Alam juga pilihan terbaik untuk menyambut ambang tahun baru 2019. Dengan limpahan lampu yang menarik di I-City, pastinya menjadi pengalaman sambutan tahun baru 2019 suatu memori indah.

lokasi menarik sambut tahun baru

4. Dataran Putrajaya

Putrajaya sebagai pusat pemerintahan kerajaan pusat juga menjadi lokasi menarik untuk sambut tahun baru 2019 yang biasanya disambut di Dataran Putrajaya.

Pelbagai acara menarik dirangka sebelum ambang tahun baru dan diakhiri dengan percikan bunga api yang menarik untuk santapan pengunjung.

Mesti Baca: 10 Azam Tahun Baru Popular Setiap Tahun

 

lokasi menarik sambut tahun baru

5. Genting Highlands

Lokasi seterunsya ini memang sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang gemarkan suasana kesejukan malam yang mengigit.

Genting Highlands, pusat pelancongan tanah tinggi yang terletak di Pahang dan berdekatan dengan Kuala Lumpur sentiasa menjanjikan keseronokan sambutan tahun baru dengan bermacam-macam acara dan percikan bunga api yang memukau.

lokasi menarik sambut tahun baru

Kalau nak sambut tahun baru 2019 di Genting Highlands, pastikan anda bersedia dengan baju yang tebal kerana suasana malam di sana biasanya sangat sejuk.

6. Masjid

Tidak ketinggalan masjid-masjid juga ada mengajurkan sambutan tahun baru 2019. Sambutannya pasti berbeza kerana diisi dengan acara kerohanian seperti ceramah, solat hajat dan sebagainya.

lokasi menarik sambut tahun baruBagi penganut bukan islam, mereka juga mungkin menyambut kedatangan tahun baru di pusat ibadah masing-masing.

Jom sambut kedatangan tahun baru 2019.

Banyak lokasi menarik sambut tahun baru tidak kira di Kuala Lumpur atau di mana-mana sahaja.

Paling penting, jangan keterlaluan menyambut tahun baru. Jangan dilakukan perkara-perkara tidak berfaedah dan menyumbang ke arah keroasakan harta benda, maksiat, sumbang mahram dan sebagainya.

Selamat Tahun Baru 2019 semua pembaca blog Carian Semasa 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!