Majikan Sebabkan Pekerja Stress Boleh Diambil Tindakan

Jangan ingat hang bos, hang boleh buat apa suka.. lepas ni hang buat aku stress, aku repot Pejabat Buruh. Kata,  Labu kepada majikannya Tuan Haji Bakhil.. Nampak main-main betul tak? Selepas ini, majikan yang buat pekerja stress akan dikenakan tindakan oleh kerajaan, ingat tu!

Admin baru sahaja terbaca di Sinar Harian Online yang mana Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap majikan yang tidak menghargai pekerja dan menyebabkan pekerja stress. Majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Majikan Sebabkan Pekerja Stress Boleh Diambil Tindakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut, selain menegaskan untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

Pekerja Stress

“Kita tidak akan bertolak ansur dalam isu membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika ada penamatan kerja disebabkan isu tersebut, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka,” katanya dalam sesi Pertanyaan Jawab-Lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdullah Hamid (PKR-Kuala Langat).

Abdullah Sani dalam mengemukakan soalan tambahannya menyoal langkah kementerian dalam mengenakan tindakan terhadap majikan yang mendera pekerjanya.

“Apakah tindakan drastik kementerian untuk mengawal majikan yang mendera pekerja hingga mencetuskan tekanan yang menyebabkan masalah mental?” soal Abdullah Sani – Sumber

Apa pun cadangan yang baik kita sokong.

Memang ada sesetengah majikan yang seperti tidak menghargai sumbangan pekerja yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Pekerja yang menjadi mangsa majikan mungkin tiada pilihan, mereka terpaksa terus bekerja kerana hendak mencari dan mendapat pekerjaan baru sekarang bukan senang.

Dengan menguatkuasakan undang-undang majikan yang menyebabkan pekerja stress boleh dikenakan tindakan, diharapkan menimbulkan kesedaran kepada majikan kerana hubungan majikan-pekerja sepatutnya seperti sebuah keluarga.

Leave a Reply

error: Content is protected !!