Mak Ayah Dikejar Ahlong, PPIM Bantu Mangsa

Mak ayah dikejar Ahlong angkara anak berhutang RM1.05 juta! Tergamam sekejap admin baca berita daripada Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang ketagih berjudi meminjam dengan Ahlong, gagal bayar hutang dan akhirnya mak ayah menjadi mangsa.

Tidak Tahan Dikejar Ahlong Mangsa Lapor PPIM

Mak ayah pemuda tersebut tahu selepas rumah mereka disimbah cat merah, sering menerima ugutan daripada Ahlong dan paling parah mereka pernah diculik Ahlong gara-gara gagal membayar bunga pada tarikh ditetapkan.

dikejar ahlong

Akibat tekanan hidup dikejar Ahlong, mangsa membuat laporan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kes ini berjaya diselesaikan dengan baik dalam tempoh satu bulan oleh Unit Banteras Ceti Haram, PPIM. Hebat PPIM!

Taktik Licik Ahlong Perangkap Mangsa

Berselindung di sebalik “Syarikat Pinjaman Wang Berlesen”, Ahlong akan mula menjerat prospek yang masuk ke pejabat mereka untuk meminjam duit.

Ramai mangsa sebenarnya tak sedar taktik licik Ahlong. Mereka ingat hanya mereka yang berurusan dengan Ahlong dan tak membabitkan keluarga tapi Ahlong lagi cekap….

Mesti Baca: Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Ahlong memang nak tolong tapi taktik licik dan zalim mereka dengan meletakkan “bunga” yang tidak masuk akal menjerat mangsa.

Hutang belum bayar tapi masih bayar “bunga” setiap bulan. Bila nak habis hutang?

Inilah perangkap Ahlong. Mangsa tertekan dengan “bunga” yang tinggi dan akhirnya tak mampu nak bayar hutang. Inilah taktik licik Ahlong. Mangsa akan jadi hamba mereka selama-lamanya!

dikejar ahlong

Tidak Tahan Dikejar Ahlong? Hubungi PPIM Untuk Bantuan

Kepada sesiapa yang mengalami masalah berkaitan Ahlong dan buntu untuk menyelesaikan masalah mereka boleh dapatkan bantuan daripada Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di:

Unit Banteras Ceti Haram,

Persatuan Pengguna Islam Malaysia,

70X, Jalan Keramat Hujung,

Bukit Keramat,

54000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:

03-42577222/0342566618

013-3071999/0193458444

Peringatan sekali lagi daripada admin, tolonglah…. walau apa pun yang terjadi, sesak macam sekali pun jangan jadikan Ahlong jalan terakhir untuk melepaskan sesak.

Ingat lepas sesak anda sekejap saja tapi sesak dikejar Ahlong berpanjangan! Kalau tak sayang diri pun, fikirlah keselamatan orang tua, isteri dan anak-anak.

Leave a Reply

error: Content is protected !!