Jamal Sudah Insaf.. Belanja Makan Tengahari Percuma Selama 3 Tahun

Alhamdulillah.. akhirnya Datuk Seri Jamad Md Yunos yang terkenal dengan gimik-gimik yang mencuit hati rakyat Malaysia sudah insaf dan mengambil inisiatif untuk membuat kerja amal yang lebih berfaedah dengan membekalkan makan tengahari percuma kepada 1000 orang setiap hari, Isnin-Jumaat selama 3 tahun!

Katanya, keinsafan tersebut datang daripada sahabat beliau yang telah meninggal dunia dua bulan lepas, ketika mengebumikan jenazah, kesedaran itu datang.

Makan Tengahari Percuma

Atas rasa keinsafan tersebut, Jamal merasmikan Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia di Jalan Pahang Kuala Lumpur atas sumbangan beberapa pihak yang dirahsiakan namanya atas nama sedekah.

Tahniah Jamal! Admin baru nampak anda kelihatan bijak kali ini. Cukuplah dengan gimik mengarut dan hanya menambah perasaan meluat orang ramai kepada anda.

Geng Jamal Belanja Makan Tengahari Percuma Setiap Hari Untuk 1000 Orang Selama 3 Tahun

Mulai 16 Oktober 2017, untuk selama tiga tahun, Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamad Md Yunos berikrar akan memberi makanan tengahari percuma kepada 1,000 rakyat setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Bertempat di Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, katanya semua rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan fahaman agama dipelawa menjamu selera tanpa sebarang bayaran dan mereka dibenarkan makan sehingga kenyang.

Mesti Baca: Koleksi Lawak Jamal Yunos 2016

Makan Tengahari Percuma

Pengunjung mempunyai pilihan nasi putih atau nasi minyak dengan juadah ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng, ikan sambal dan pelbagai sayuran serta kuih-muih.

Sambil menafikan usahanya itu mempunyai unsur politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Jamal hanya mengenakan satu syarat iaitu pengunjung perlu mencuci pinggan-mangkuk mereka sendiri.

Di Sebalik Makan Tengahari Percuma Di Restoran Gabungan NGO 1Malaysia

  • Perbelanjaan pengurusan makanan adalah sebanyak RM5,000 sehari berdasarkan harga sepinggan nasi berserta lauk adalah kira-kira RM5
  • Restoran tersebut beroperasi dari Isnin hingga Jumaat antara jam 11 pagi hingga 3 petang
  • Tujuh menu yang sentiasa bertukar antaranya pilihan nasi putih, nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng, ikan sambal dan sayur
  • 15 orang pekerja menjadi sukarelawan di restoran tersebut
  • Konsep makan sampai kenyang dan pengunjung perlu mencuci pinggan mereka sendiri

Leave a Reply

error: Content is protected !!