Apakah Senarai Makanan Baik Untuk Sarapan?

Kita biasa didendangkan sejak di bangku sekolah tentang kebaikan mengambil sarapan pagi. Pendek kata, sebelum memulakan aktiviti harian, pastikan perut diisi dengan tetapi apakah jenis makanan baik untuk sarapan? apakah makanan yang sepatutnya dielakkan atau dikurangkan?

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Waktu Sarapan Sesuai, Senarai Makanan Baik & Tidak Baik Untuk Sarapan

  • Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi.
  • Elakkan menggabungkan sarapan dan makan tengah hari (brunch).
  • Pemilihan sarapan terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar.
  • Kawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
  • Sarapan tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping
  • roti atau sedikit bijirin.
  • Otak memerlukan sarapan untuk merangsang pemikiran dan mencergaskan minda.
  • Karbohidrat diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan memberikan kesan positif kepada otak.
  • Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks, mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik.
  • Kajian Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati, mereka yang mengambil sarapan kurang menghadapi masalah berat badan berlebihan.

Makanan Baik Untuk Sarapan

Makanan Baik Untuk Sarapan

Berikut adalah senarai makanan baik untuk sarapan:

PISANG

Pengambilan pisang sebagai menu pilihan sarapan digalakkan. Teksturnya lembut dan mudah hadam. Pisang mengandungi karbohidrat yang mampu membuatkan perut berada dalam keadaan kenyang untuk tempoh lama.

TEMBIKAI

Mempunyai kandungan air yang banyak sesuai dimakan sebagai sarapan kerana dapat memenuhi keperluan air untuk tubuh. Selain itu, tembikai juga kaya lycopene yang berfungsi menyihatkan mata, jantung dan menghalang kanser.

TEMBIKAI SUSU

Mengandungi vitamin A dan C untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh.

SECAWAN TEH PANAS

Jika anda tidak gemarkan kopi, gantikan dengan secawan teh panas setiap pagi. Teh mengandungi sumber antioksidan yang berperanan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

TELUR

Sesuai dimakan waktu pagi kerana mudah dihidangkan. Telur juga kaya protein dan vitamin D.

STRAWBERI

Sesuai kerana mengandungi sumber antioksidan, vitamin C, asid folik dan serat. Berperanan meningkatkan kesihatan jantung.

SECAWAN KOPI TANPA GULA

Minum kopi dalam kuantiti sewajarnya dapat menurunkan risiko terkena penyakit diabetes atau kanser prostat. Kopi mengandungi kafein serta antioksidan yang diperlukan tubuh untuk menghalang penyakit itu.

Mesti Baca: Awas! 7 Jenis Makanan Panas Semula Jadi Racun

Makanan Baik Untuk Sarapan

Makanan Tidak Baik Untuk Sarapan

Berikut adalah senarai makanan tidak baik untuk sarapan. Bukan anda tidak boleh ambil langsung cuma kurangkan dan jarakkan tempoh pengambilan jenis makanan berikut:

ROTI TELUR

Dimasak dengan minyak yang banyak dan dengan roti putih yang mengandungi karbohidrat tinggi.

DONAT

Tinggi kandungan gula dan kalau digoreng, tinggi kandungan kolesterol.

KENTANG GORENG

Terlalu berminyak. Gantikan dengan kentang lenyek yang kurang kalori.

TELUR GORENG

Tidak sesuai kerana berminyak. Gantikan dengan telur rebus atau telur separa masak.

KEK

Kandungan gula dan lemak yang tinggi.

NASI, NASI LEMAK ATAU NASI GORENG

Sajian ini terlalu berat membuatkan mata menjadi mengantuk.

BURGER

Kurang berkhasiat dan berlemak.

MI SEGERA

Tidak berkhasiat untuk dijadikan sarapan pagi.

Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Sarapan pagi akan membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Pilihlah senarai makanan baik untuk sarapan. Roti canai bukan tidak boleh cuma jangan ambil setiap hari 🙂

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!