Makanan Dan Minuman Popular Bazar Ramadhan (Wajib Ada)

Seronok berjalan ke bazar ramadhan walaupun tidak membeli juadah berbuka cukup sekadar berjalan-jalan melihat gelagat orang ramai dan melihat pelbagai jenis makanan serta minuman yang dijual. Ada sesetengah makanan dan minuman sukar dijumpai pada hari-hari biasa. Tetapi jika anda perasan, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh dikatakan juadah wajib dan mesti dijumpai di mana-mana bazar ramadhan. Apakah makanan dan minuman popular bazar ramadhan itu?

Makanan Dan Minuman Popular Bazar Ramadhan

Berikut admin senaraikan makanan dan minuman popular yang biasa dijumpai di bazar ramadhan. Ianya berdasarkan pengalaman admin sendiri. Mungkin ada yang tak tersenarai ok.

1) Murtabak

Makanan Dan Minuman Popular Bazar Ramadhan

Ini memang wajib ada di mana-mana bazar ramadhan. Ada yang sanggup beratur panjang untuk membeli murtabak sedangkan pada hari-hari biasa anda tak terasa nak makan pun.

2. Ayam Percik

Ayam percik antara menu popular untuk berbuka puasa. Rupanya yang menarik memang sesuai untuk orang yang sedang lapar.

3. Tepung Pelita

Kuih tradisional yang sentiasa mendapat tempat tak kira bulan puasa atau tidak. Pemanis mulut yang enak dimakan sebaik saja menjamah kurma dan air ketika berbuka puasa.

4. Bubur Lambuk

Bubur lambuk popular ketika bulan ramadhan. Pada hari biasa, bubur lambuk pun orang tak berapa pandang tetapi apabila bulan puasa ianya sangat popular untuk dijadikan juadah berbuka.

Bubur lambuk juga biasa diberi percuma oleh masjid. Paling popular bubur lambuk masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Mesti Baca: Sebab Mengantuk Di Bulan Puasa

5. Roti John

Makanan berasaskan roti dan inti daging/ayam ini sangat popular pada bulan ramadhan. Pergi ke mana-mana bazar ramadhan, anda pasti terjumpa beberapa buah gerai menjual roti john saja.

6. Popia Basah

Menu berbuka puasa yang menyelerakan. Popia basah antara menu yang cepat habis dijual di bazar ramadhan. Kalau anda pergi lewat ke bazar ramadhan, peluang tipis nak cari popia basah.

7. Air Soya, Air Katira Dan Air Tebu

Air Soya

 

Air Katira

 

Air Tebu

Tiga jenis minuman ini sangat popular untuk dijadikan pembasah tekak ketika berbuka puasa. Kalau admin, air tebu pilihan utama.

Menariknya yang admin lihat di bazar ramadhan, ada yang beratur panjang semata-mata untuk membeli air katira.

Itulah di antara makanan dan minuman popular bazar ramadhan. Mungkin ada yang tidak tersenarai di sini.

Apapun, jika berkesempatan lebih baik memasak untuk berbuka puasa kerana lebih jimat, segar dan terjamin kebersihannya.

Bukan tak boleh membeli di bazar ramadhan tetapi harga makanan dan minuman meningkat saban tahun buatkan admin rasa ngeri nak pergi 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!