Malaysia Tidak Jadi Boikot Piala AFF Suzuki 2016

Kabinet hari ini memutuskan Malaysia kekal bersaing dalam Piala AFF Suzuki 2016. Sebelum ini, terdapat cadangan boikot Piala AFF di Myanmar yang sedang berlangsung sekarang kerana isu kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya yang ditindas di negara tersebut.

Baca Juga: Boikot Piala AFF 2016 Jejas Sukan SEA 2017

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan keputusan boikot Piala AFF Suzuki 2016 sebentar tadi.

Piala AFF Suzuki 2016

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah berbincang mengenai isu Myanmar membabitkan etnik Rohingya.

Hasil perbicangan menetapkan saingan pasukan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2016 mesti diteruskan.

Kabinet akan menentukan tindakan diplomatik seterusnya dengan Myanmar pada masa lain.

Cadangan boikot Piala AFF Suzuki 2016 tinggal cadangan saja. Keputusan telah ditetapkan habiskan saingan dulu nanti fikir cara lain untuk selesaikan isu Rohingya ini.

Bagi admin, memang keputusan ini sedikit mengecewakan. Apa pun, mungkin kabinet telah memikirkan jalan lain untuk menekan Myanmar dalam isu kemanusiaan ini.

Kita tunggu apakah tindakan mereka seterusnya. Diam atau bertindak?

Leave a Reply

error: Content is protected !!