Masa Depan Perlumbaan F1 Litar Sepang Kabur

Masa depan perlumbaan F1 Litar Sepang (SIC) kabur kerana bilangan penonton yang menyaksikan perlumbaan Formula 1 semakin merosot sejak 2014 berbanding Moto GP.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata mesyuarat khas akan diadakan pada Khamis ini (25 Oktober 2016) dengan pemegang saham utama SIC iaitu Kementerian Kewangan untuk membincangkan masa depan F1 di negara ini.

Masa Depan Perlumbaan F1 Litar Sepang Jadi Tanda Tanya. Moto GP Lebih Dapat Sambutan

Masa depan Moto GP lebih memuaskan dengan limpahan penonton berbanding bilangan penonton yang datang menyaksikan perlumbaan Formula 1.

Kemerosotan jualan tiket perlumbaan F1 sejak 2014 dilihat semakin ketara dan ini menimbulkan keresahan kepada pemegang saham SIC.

Baca Juga: Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi VS Misi

Kata Datuk Razlan Razali lagi beliau tidak akan tergesa-gesa membuat pengumuman rasmi berkenaan pemberhentian perlumbaan F1 di Malaysia kerana SIC mempunyai perjanjian dengan pemegang lesen sehingga 2018.

Masa Depan Perlumbaan F1 Litar Sepang

Penarikan diri secara sementara daripada menganjurkan perlumbaan F1 mungkin memberi manfaat kepada negara dan mungkin dibuat pada 2018. Segelintir pihak menyatakan F1 tidak lagi menarik kerana ia dikuasai satu pasukan.

Laporan awal untuk perlumbaan terakhir F1 juga menunjukkan jumlah penonton di Malaysia adalah yang terendah dalam sejarah. Jelas di sini perlumbaan F1 dilihat tidak lagi berbentuk komersil untuk dianjurkan di Litar Sepang jika jualan tiket terus merosot.

Perlumbaan F1 dilihat satu bentuk sukan mewah dengan harga tiket mencecah ratusan ringgit seorang. Bagi golongan “biasa-biasa” akan berfikir banyak kali untuk membeli tiket F1 berbanding keperluan lain yang lebih penting.

Sukan F1 memang menarik untuk ditonton tetapi kenaikan kos sara hidup membuatkan peminat setia sukan ini terpaksa mengorbankan minat mereka dan mengalihkan kos tiket tersebut kepada perkara lain.

Selain itu, faktor tiada pelumba tempatan dalam F1 juga dilihat tidak mampu menarik perhatian penonton menyaksikan F1 Malaysia. Mungkin dengan adanya pelumba F1 tempatan akan menimbulkan semangat penonton untuk memberi sokongan pelumba F1 tempatan atas dasar semangat kebangsaan.

Kerajaan boleh menumpukan kepada perlumbaan Moto GP yang dilihat lebih menarik perhatian penonton. Mungkin faktor harga tiket yang lebih murah berbanding F1 tidak menjejaskan kemeriahan Moto GP Malaysia.

Apapun, kita tunggu keputusan mesyuarat khas Khamis ini (25 Oktober 2016) untuk mengetahui masa depan perlumbaan F1 Litar Sepang (SIC).

Leave a Reply

error: Content is protected !!