McDonald’s Malaysia Nafi Hidang Kopi Lemak Khinzir

McDonald’s Malaysia (McD) dalam kenyataan medianya menafikan kekecohan dan cerita yang viral di media sosial kononnya mereka menghidangkan kopi lemak khinzir kepada pelanggan.

McDonald's Malaysia

Sementara itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan, perlu diketahui oleh rakyat Malaysia bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.

“Untuk maklum bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia,” begitulah kenyataan daripada Jakim bagi menjawab isu dakwaan kopi McDonald’s mengandungi lemak babi sepertimana yang viral baru-baru ini.

Pihak Jakim menjelaskan untuk orang ramai mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh mendapatkannya di:

  • Laman Direktori Halal: www.halal.gov.my
  • Aplikasi telefon pintar myJakim.
  • Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Pihak Mcdonald’s Malaysia menganggap  mesej tersebut disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menimbulkan ketakutan dan keraguan di kalangan para pengguna dan masyarakat.

Baca Juga: BR1M 2017: Cara Kemaskini Permohonan

Semoga penjelasan daripada pihak McDonald’s Malaysia dan Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meredakan kebimbangan orang ramai terhadap produk makanan McD.

Sebelum menyebarkan sebarang berita di laman sosial cuba dapatkan maklumat tepat atau tunggu kenyataan pihak terbabit terlebih dahulu kerana sebarang penyebaran berita palsu membolehkan kita didakwa.

Leave a Reply

error: Content is protected !!