Mendiang Adib. Apa Kata Bernama TV?

Kematian anggota bomba yang bertugas semasa rusuhan Kuil Seafield meruntun jutaan hati rakyat Malaysia. Walaupun arwah ada menunjukkan tanda positif untuk pulih tetapi kecederaan dalaman menyebabkan tubuh tidak mampu lagi bertahan selepas 20 hari bertarung nyawa. Kematiannya diratapi dan jutaan rakyat bangkit menuntut pembelaan, perusuh bertanggungjawab mesti dihukum. Malah, menteri dan exco kerajaan negeri juga menjadi sasaran orang ramai yang berang dengan kenyataan yang dikeluarkan semasa rususahn berlaku. Sekarang, Bernama TV pula cari masalah dengan perkataan mendiang Adib?

Semalam tular di Facebook dan Whatsapp yang sekali lagi membangkitkan kemarahan orang ramai apabila berita di Bernama TV memaparkan tajuk berita mendiang Adib walhal arwah adalah seorang beragama islam..

Mendiang Adib

Perkataan mendiang adalah istilah kematian untuk orang bukan islam. Bagaimana Bernama TV terlalu cuai dalam penggunaan istilah yang betul?

Mesti Baca: Kematian Adib, Waytha Moorthy Diserang

Berita yang keluar di Bernama TV memang tidak disemak dahulu ke atau tiada orang-orang di Bernama TV yang tahu beza perkataan mendiang dan Allahyarham?

Zaman tular dan viral sekejap sahaja menjadi buah mulut. Ketika rakyat sedang marah, terkjut dan bersedih dengan kematian Adib, Bernama TV pula seperti mencari masalah dengan perkataan mendian yang dianggap sangat biadap untuk kematian orang Islam.

Hari ini, Bernama TV mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkataan mendiang Adib. Jom kita lihat kenyataan mereka.

Mendiang Adib. Apa Kata Bernama TV?

Bernama News Channel (BNC) memohon maaf kepada keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim di atas kesilapan menggunakan gelaran ‘mendiang’ dan bukannya Allahyarham dalam ‘crawler’ yang disiarkan semalam.

Ketua Pegawai Operasinya, Hakimi Mohd. Zain dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut pada hari yang sama.

“Kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan kami amat menyesali apa yang berlaku.

“Kami belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini – Sumber

Harap selepas ini portal berita yang menjadi sumber mendapatkan berita yang sahih lebih berhati-hati. Zaman viral ini semua cepat tersebar walaupun kesilapan tidak disengajakan.

Tutup kes perkataan mendiang Adib.

Sekarang terpulang kepada pihak berkuasa dan kerajaan pula untuk menghukum perusuh yang memukul Adib sehingga mati.

Leave a Reply

error: Content is protected !!