Mengapa Si Kecil Marah? Mesti Ada Sebab….

Mengapa si kecil marah? Memang nampak comel apabila si kecil kesayangan anda menunjukkan sikap marahnya tetapi mengapa dalam usia sebegitu mereka sudah pandai marah? Tetapi, kalau sudah melampau berguling-guling di hadapan orang ramai hilang sudah comelnya.

Perasaan marah adalah normal dan mesti ada sebabnya mengapa anak anda marah. Dengan mengetahui sebab dan punca anak marah, ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani perasaan marah si kecil.

Mengapa Si Kecil Marah? Ketahui Sebab Dan Cara Menangani

Bukan orang dewasa sahaja tahu menunjukkan perasaan marah, si kecil pun kalau tak kena dengan kehendak mereka pasti akan marah. Ada beberapa sebab dan punca si kecil marah dan cara untuk mengatasi punca kemarahan itu.

1. Meniru Tingkah Laku Ibu Bapa

Anak ialah peniru yang baik. Anak akan meniru atau mencontohi perangai ibu bapanya.

Jika ibu bapa sering marah, anak juga akan meniru perilaku orang tuanya dengan menjadi anak yang pemarah dan sering mengamuk.

Ini kerana anak merasakan marah adalah perkara biasa dilakukan orang tua.

Jurnal Pembangunan dan Psikologi Amerika Syarikat, menunjukkan anak cenderung menjadi pemarah disebabkan ayah dan ibunya juga sering marah.

Mesti Baca:  10 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Membesarkan Anak, No. 10 Memang Sah!

Mengapa Si Kecil Marah

2. Keinginan Tidak Dipenuhi Ibu Bapa

Kebanyakan anak menjadi pemarah kerana keinginan tidak dituruti ibu bapa.

Marah dan mengamuk ialah salah satu cara efektif agar keinginan mereka dipenuhi ibu bapa. Ibu bapa perlu bijak menangani sikap anak kerana jika keinginan mereka selalu dituruti, ia akan menjadi kebiasaan.

3. Rasa Ingin Tahu Tidak Dijawab

Fasa kanak-kanak adalah masa mereka mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Namun adakalanya rasa ingin tahu ini menjadi penyebab anak sering marah dan mengamuk.

Rasa ingin tahu anak mengenai sesuatu yang tidak dijawab ibu bapa akan menimbulkan kekecewaan dan berakhir dengan kemarahan.

Untuk itu ibu bapa tidak boleh mengabaikan rasa ingin tahu anak agar mereka tidak menjadi pemarah dan sering mengamuk.

Mesti Baca: Anak Tidak Sah Taraf: Boleh Atau Tidak Bin/Binti Kepada Bapa?

4. Takut Dan Gelisah

Ketakutan dan kegelisahan juga menjadi penyebab anak sering marah dan mengamuk. Ia akan membuatkan anak menjadi tidak tenang, dan mengungkapkannya dalam bentuk kemarahan dengan harapan agar mendapatkan perhatian ibu bapa.

Mengapa Si Kecil Marah

5. Menarik perhatian

Penyebab anak sering marah adalah untuk menarik perhatian. Kesibukan ibu bapa membuatkan anak-anak kurang mendapat perhatian justeru anak berusaha mencari perhatian.

Salah satu cara efektif adalah dengan menangis dan mengamuk. Menangis dan mengamuk membuatkan ibu bapa memperhatikan anak serta menuruti keinginan anak.

6. Menunjukkan Apa Yang Anak Tidak Suka

Hal yang tidak disukai anak-anak seperti berjumpa doktor, jika dipaksa boleh menjadi punca anak-anak menjadi pemarah. Oleh itu gunakan cara diplomasi mengatasinya.

Mengapa si kecil marah? Apabila kita dah tahu sebabnya senang untuk ibu bapa mencari jalan untuk menanganinya.

Melayan kehendak anak boleh tetapi tidak boleh diikutkan sangat, adakalanya kita terpaksa berkeras kerana tidak mahu mereka terlalu dimanjakan.

Memang tak sampai hati tengok si kecil menangis tetapi untuk kebaikan ibu bapa terpaksa 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!